Pages

Thursday, September 30, 2010

OUR SWEET MEMORY - BANDAR ALOR STAR, KEDAH

Kali ini ingin ku ceritakan pula apa yang menarik di bandar Alor Star Kedah. Pada hari kedua kami berada di Alor Star, aku dan anak-anak menjamu mata di shopping complex City Plaza Alor Star. Biasalah semua shopping complex semuanya sama. Di sini ada menjual pelbagai barang. Yang paling banyak adalah kedai menjual barang perhiasan ala2 macam "Living Cabin", kedai menjual t-shirt dan jeans, kedai menjual kerongsang dan kalo tak sah shopping kompleks kalo tak ada kedai menjual telefon dan aksesorinya skali. Jenuh mencari tempat makan rupa-rupanya food court terletak di tingkat kedua paling atas kalo tak silap aku. Tapi bagi yang muslim dinasihatkan berhati-hati ketika hendak memesan makanan. Sebab aku nyaris terkena. Deretan kedai makan yang ada bercampur melayu dan cina. Semua menu makan dalam bahasa malaysia. Ku ingatkan semuanya orang kitalah yang meniaga. Ingatkan nak orderlah kuey teow goreng. Jadi pergilah ke kedai tu nak order. Yang keluar dari dapur nak amik order nyonya cina. Tak jadilah nak ordernya. Setahu aku semua food court yang aku pernah pergi majority kaum melayu. Kalo kaum lain tulisan pada menu adalah dalam tulisan diaorang lah. Tak tahu plak aku kalo yang nyonya tu pun muslim. Tapi nampak dari cara dia berpakaian memang dia bukan muslim lah. Maaflah kalo aku tersilap.

Wednesday, September 29, 2010

OUR SWEET MEMORY - ALOR STAR, KEDAH

Pada 21 September 2010, jam 8 pagi kami sekeluarga telah bertolak ke Alor Star, Kedah mengikuti hubby yang punya urusan kerja di Alor Star. Perjalanan memang menyeronokkan kerana sepanjang jalan dihiasi pemandangan yg cantik2. Anak2 pun seronok. Inilah pengalaman pertama kami berempat menuju ke destinasi yg agak jauh. Mata sentiasa dijamu pemandangan yg cantik. Inilah kuasa Allah.


Thursday, August 19, 2010

OH! HANNAH

Siang tadi, ibu jari kaki anakku Hannah terluka a.k.a terbelah dek jam kaca hiasan yg terjatuh terkena ibu jari kaki kiri dia. sian sgt tgk. bnyk darah keluar. meleleh je. dia nangis "akit...akit". nasib baik nangis kejap je. dia cuma takut tgk darah kat jari kaki dia keluar. abis lantai bilik air merah je. kelam kabut aku.


Friday, August 13, 2010

MENGAJAR ANAK KECIL BERPUASA

Salam Ramadhan khas untuk semua penganut islam. hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Alhamdulillah. Dari Salman Al Farisi r.a berkata, "Rasulullah berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Syaaban dengan sabdanya, "Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa di siang harinya, menjadikan solat Tarawih sebagai sunat di malamnya".

Monday, August 9, 2010

SUKANEKA TADIKA JAIM PERINGKAT NEGERI dihiasi hujan lebat dan guruh


8 oktober 2010, ktorg satu famili menghadiri sukaneka Adlina di stadium hang tuah, bandaraya melaka. sampai2 sana je, cari tempat parking. puas cari2, rupa2nya stadium tu mmg x de parking ke. terpaksalah parking kat tepi jln je. risau gak nanti kang kot kena saman. skarang ni kan, zaman saman menyaman. tp dah x de parking, berderet kereta parking. terpikir gak mcm ne org yg tgk bola parking kereta. brape punya jauh nak jln. sungguh tragik.... hujan dah start renyai2. sampai2 je tgk suma atlit sukan tgh berbaris di tgh padang dengar ucapan perasmian yg diaorg x kan paham punya.... cari pot dapat bawah grandstand... tp org punye lah ramai...

Monday, July 19, 2010

TERLEPAS CAKAP :(

Pernah tak sesape yang terlalu marah dan geram pada anak atau sesape je terutama pada anak yang masih kecil, anda tersebut perkataan yang agak kasar????

 

Popular Posts