Pages

Thursday, January 13, 2011

LET'S SEE FB Hq Here...^_^;


FACEBOOK SERVER FARM

For connecting more than half a billion people and mapping the social relations among them, for creating a new system of exchanging information and for changing how we live our lives, Mark Elliot Zuckerberg is TIME's 2010 Person of the Year



Thursday, December 30, 2010

TAMAN RAMA-RAMA & REPTILIA, MELAKA

Sabtu lepas bawa anak-anak pergi jalan-jalan sekitar Melaka. Mula-mula pergi Melaka Mall sbb Parkson ada buat jualan gudang. Mana tahu kan dapat barang murah. Sale sampai 70 ke 80 percen tapi harga still mahal agi. Hubby je yang shopping tu pun beli baju tuk pergi kerja. Pastu pergi Jusco bawak anak-anak main kat playground. Lepas main sempat gak belikan lego block tuk diaorg. "Bonus", kata babahnya.

Memandangkan cuaca hari itu agak baik, kami semua pun pergi ke Taman Rama-rama & reptilia. Tempatnya tak jauh dari tol masuk Ayer Keroh. Harga tiket :

Dewasa : RM 8
Kanak-kanak 3 thn ke atas : RM 5
(tak pasti 3 thn ke berapa thn)
Kamera : RM 3

Friday, October 8, 2010

OUR SWEET MEMORY - PENANG

Selepas ke Padang Besar kami menuju ke negeri mutiara, Pulau Pinang. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Hubby ku terpaksa memandu slow-slow sebab hujan turun sepanjang jalan. Tujuan kami ke Penang adalah untuk pergi beraya di rumah mak saudara hubby yang duk kat Balik Pulau. Sepanjang jalan sebelum sampai anak-anak suma tidur kepenatan. Bila sampai tol nak masuk jambatan semua terjaga. Seronok masing-masing tengok laut.


Sempadan Negeri Pulau Pinang


Thursday, October 7, 2010

OUR SWEET MEMORY - PADANG BESAR, PERLIS

Pada hari keempat selepas mengenyangkan perut dengan sarapan buat kali terakhir di Holiday Villa, kami pun check-out untuk menuju ke Padang Besar, Perlis. Orang cakap kat sana barangannya murah dan kedai-kedai di sana mula beroperasi pukul 12 tengah hari. Tu yang nak pegi shopping agi tuh. Perjalanan dari Alor Star ke Padang Besar cuma mengambil masa 1 jam lebih je. Tu pun kami tersesat sampai ke imegresen sempadan Bukit Kayu Hitam. Kenalah pusing balik... haha... Sesiapa yang nak pergi sana kena merentasi ladang tebu yang terbesar di Malaysia. Pemandangan sepanjang perjalanan punyalah cantik. Dan di tengah ladang tu ada pihak kastam buat road-block. So, kenalah berhenti kejap. Dia cuma tengok-tengok je. Pastu dia suruh jalan. Hubby kata dia saja check kot-kot ada yang bawak barang seludup atau bawa apa-apa yang tak sepatutnya.

Macam mana? Cantik tak?



Thursday, September 30, 2010

OUR SWEET MEMORY - BANDAR ALOR STAR, KEDAH

Kali ini ingin ku ceritakan pula apa yang menarik di bandar Alor Star Kedah. Pada hari kedua kami berada di Alor Star, aku dan anak-anak menjamu mata di shopping complex City Plaza Alor Star. Biasalah semua shopping complex semuanya sama. Di sini ada menjual pelbagai barang. Yang paling banyak adalah kedai menjual barang perhiasan ala2 macam "Living Cabin", kedai menjual t-shirt dan jeans, kedai menjual kerongsang dan kalo tak sah shopping kompleks kalo tak ada kedai menjual telefon dan aksesorinya skali. Jenuh mencari tempat makan rupa-rupanya food court terletak di tingkat kedua paling atas kalo tak silap aku. Tapi bagi yang muslim dinasihatkan berhati-hati ketika hendak memesan makanan. Sebab aku nyaris terkena. Deretan kedai makan yang ada bercampur melayu dan cina. Semua menu makan dalam bahasa malaysia. Ku ingatkan semuanya orang kitalah yang meniaga. Ingatkan nak orderlah kuey teow goreng. Jadi pergilah ke kedai tu nak order. Yang keluar dari dapur nak amik order nyonya cina. Tak jadilah nak ordernya. Setahu aku semua food court yang aku pernah pergi majority kaum melayu. Kalo kaum lain tulisan pada menu adalah dalam tulisan diaorang lah. Tak tahu plak aku kalo yang nyonya tu pun muslim. Tapi nampak dari cara dia berpakaian memang dia bukan muslim lah. Maaflah kalo aku tersilap.

Wednesday, September 29, 2010

OUR SWEET MEMORY - ALOR STAR, KEDAH

Pada 21 September 2010, jam 8 pagi kami sekeluarga telah bertolak ke Alor Star, Kedah mengikuti hubby yang punya urusan kerja di Alor Star. Perjalanan memang menyeronokkan kerana sepanjang jalan dihiasi pemandangan yg cantik2. Anak2 pun seronok. Inilah pengalaman pertama kami berempat menuju ke destinasi yg agak jauh. Mata sentiasa dijamu pemandangan yg cantik. Inilah kuasa Allah.


Thursday, August 19, 2010

OH! HANNAH

Siang tadi, ibu jari kaki anakku Hannah terluka a.k.a terbelah dek jam kaca hiasan yg terjatuh terkena ibu jari kaki kiri dia. sian sgt tgk. bnyk darah keluar. meleleh je. dia nangis "akit...akit". nasib baik nangis kejap je. dia cuma takut tgk darah kat jari kaki dia keluar. abis lantai bilik air merah je. kelam kabut aku.


 

Popular Posts