Pages

Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

GUA TEMPURUNG, GOPENG PERAK

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. (wikepedia)

Last week kami berpeluang "caving" ke gua tempurung. Tempat nya tak susah nak pergi sbb banyak papan tanda tunjuk arah. Apa yg menarik kat sini...

Wednesday, January 22, 2014

PULAU PANGKOR 5

PART 5 : LOTS OF MEMORIES

Dengan ini tamatlah percutian kami ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam... sesiapa yang nak bercuti kat sini, saya sarankan memang ok kalo pegi selama 3 hari 2 mlm... pulau ni kecik je, pusing-pusing 2 ke 3 jam dah abes pusing... sesiapa yang nak berhoney moon pun ok sebab pulau ni memang cantik dan ada tempat-tempat yang romantik dan privacy... sebelum pergi bercuti baik kita survey dahulu, pilih & rancang sebaik baiknya... apa yang saya blh katakan jika diberi peluang untuk ke sini lagi saya akan memilih menginap di Puteri Bayu juga..tempat yang sangat sangat best, cantik dan sedikit privacy.. 

Pulau Pangkor sememangnya cantik..pantainya mmg cantik dan bersih jika tidak tercemar...kat sini saya snapkan pelbagai photo utk kenangan... Alhamdulillah saya berbangga dilahirkan di sini...
 I LOVE MALAYSIA


PULAU PANGKOR 4

PART 4 : PUSING-PUSING KELILING PULAU



Hari ke 2 di Pulau Pangkor, lepas bersarapan kami nak pusing-pusing keliling pulau... mengikut kajian dari doktor google, kat sini bnyk teksi... terutama di hadapan Coral Bay Resort Pangkor. Coral bay berdekatan dgn deretan kedai-kedai makan dan kedai-kedai cenderamata... Kalau nak pusing-pusing pulau, kita boleh sewa kereta, motosikal, basikal & sewa teksi (pemandu teksi yg bawa)... Kami bercadang nak sewa teksi pink tu je..senang sbb driver yg bawak kan..nak sewa moto atau kereta mcm berisiko je hehe.. 

Tuesday, January 21, 2014

PULAU PANGKOR 3

PART 3 : PUTERI BAYU BEACH RESORT



 Sebelum ke Pulau Pangkor, kami dah survey banyak hotel dan chalet...Pada mulanya memang kami nak lepak kat Teluk Nipah, tapi hotel yg sedia ada penuh dan nak lepak chalet tapi chalet nya jauh skit dari laut dan kedudukan chalet2 nya rapat rapat..lagi pun big boss tak suka yg crowded, dia suka suasana yang tenang dan rileks... jadi bertapalah kami di Puteri Bayu Beach Resot yg terletak di Pantai Pasir Bogak selama 3 hari 2 malam. 

Puteri Bayu Beach Resort ada menawarkan penginapan berbentuk bilik hotel dan chalet. Kami memilih untuk memilih chalet yang diberi nama Garden Villas. Kami memilih 2 chalet yg mempunyai sambungan pintu di tengah tengah.  Nak tahu lebih lanjut, infonya ada di sini Puteri Bayu Beach Resort

PULAU PANGKOR 2

PART 2 : JETI MARINA

Perjalanan dari Klang ke Jeti Marina mengambil masa lebih kurang 4 jam..setelah ditambah dgn aktiviti berhenti makan dan menunaikan tuntutan semulajadi hehe

Kami telah memilih Jeti Marina kerana perjalanan dari jeti ini ke Jeti Pangkor hanya 10 minit shj...takut kot ade yg mabuk laut hehe...

Layan suasana ke Jeti Marina


PULAU PANGKOR 1

PART 1 : PERJALANAN KE PULAU PANGKOR

Cuti sekolah yg lalu, saya sekeluarga bercuti ke Pulau Pangkor.. Percutian yg secara tiba-tiba, destinasi yg secara tiba2 idea dari big boss...bila dia bagitau, jadi "I follow je lah" hehe... 2 minggu sebelum ke Pulau Pangkor, bertungkus lumus survey hotel, chalet, suma chalet2 dan hotel2 kat pangkor kami survey...survey dia punya lokasi strategik ke tak..tempat makan... tempat2 nak lepak, pengangkutan dan kemudahan terminal feri....mcm nak g obersea je kan...but opkos kita kena survey btul2 sbb bila berjalan, riban riban jugak yg abes....btul tak?.. hehe..

Memula plan nak pegi hari Sabtu then Isnin balik, tapi biasalah last minute nk booked hotel, mesti manjang penuh aje...dah lah cuti skolah, weekend lak tuh..nak tak nak, kena pegi ahad then selasa balik...

Pagi ahad itu, bertolak lah kami dgn 2 kereta...pergi skali dengan my mother in law & my father in law & lagi orang my nephew, so 7 org kesemuanya.. kami bertolak dari umah mertua di klang...so dekat skit berbanding dari melaka kan...


Kalo blh dinasihatkan kalo nak pegi pulau2 ni yg kena naik ferry better bawak beg dlm kuantiti yg skit..bukan ape nanti susah anda nak bawak...nak pegang anak2 lagi, nanti sampai sana nk shopping agi...bila dh blk, kuantiti beg pasti akan bertambah hehe...

Friday, March 11, 2011

OUR SWEET MEMORY ~PERAK~ KELLIES CASTLE

Hi there!!! Sambung balik cerita kami di Perak. Hari ke tiga di Perak iaitu hari terakhir kami bercuti. Lepas bersarapan, kami fikir mungkin nak terus balik tetapi bila difikirkan semula bukan senang nak datang sini kan, so google2 Kellies Castle pilihan kami. Memandangkan tempatnya mmg tak jauh cuma lebih kurang setengah jam je perjalanan. Nak tahu lebih lanjut clik sini Kellies Castle, Ipoh. Yg ni pun blh The 100 years old castle. tak cukup agi. Pandai2 le cari kat sini Doctor G

Wednesday, March 9, 2011

OUR SWEET MEMORY ~PERAK~ The Lost World Of Tambun

23 Februari, lepas check out dr Penang kami pun bertolak ke Ipoh, Perak. Niat di hati nak pergi mandi manda di Lost World of Tambun. Sampai kat Ipoh, terus survey tempat nak check in. Tanya pd doc google. Maka menginaplah kami di Hotel Seri Malaysia Ipoh dan memandangkan ianya terletak dekat je ngan tempat tu. 15 minit perjalanan. Takut gak kalo terkena mcm Seri Malaysia kat Penang tu (bukan nak mngutuk, tp nak bg ingatan kpd pihak yg berkenaan agar sendiri mau ingatlah). Masuk je dlm bilik, mcm biasa terus check suma benda dlm bilik tu agar sumanya ok. Dah ok dan puas ati br lah mengemas apa yg patut. Petang plak hujan turun lebat giler. Risau lah gak sebab kami suma nak keluar cari makan. Dalam kul 6 ptg hujan pun berhenti seperti mengerti hehe... Emoticon

 

Popular Posts