Tuesday, October 20, 2009
THE CREATION OF MAN... VERY TOUCHING
Sebaik sahaja haid bermula, hormon mula merangsang ovari. Pada usia kehamilan, seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu ke 2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Minggu ke 3, selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu ke 4, janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini, sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke 5 dan didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Selain itu, dalam pembentukkan janin sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing. Jika digambarkan saiz janin ketika itu hanyalah 6 mm itu bersamaan saiz sebesar biji tembikai sahaja.
Minggu ke 6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, wanita hamil akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan. Janin pada waktu ini kelihatan seperti berudu, sistem saraf sudah terbentuk dan jantungnya sudah mula berdenyut. Janin mula cuba untuk melakukan pergerakan pertamanya. Memandangkan kantung ketuban janin sudah terbentuk sempurna, janin sudah boleh begerak di dalam kantungnya.
Minggu ke 7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan. Saiz bayi hanya sebesar sebiji beras tetapi otaknya sedang berkembang pesat. Dalam sehari bayi akan membesar pada purata 1 MM. Alis mata bayi yang kecil mula terbentuk bagi melindungi matanya.
Minggu ke 8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi. Janin sebesar buah anggur. Jari tangan dan kaki bayi masih berselaput. Tulang kecilnya sudah terbentuk sepenuhnya tetapi belum menjadi tulang. Sebaliknya ia hanyalah tulang rawan yang lembut.
Minggu ke 9, saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Bayi sudah mula melakukan pergerakan dan ianya saat mengembirakan bagi bakal ibu. Janin sudah membentuk wajahnya sendiri. Mata telinga dalam dan hidung sudah terbentuk. Tangan terbentuk dahulu dari kaki.
Minggu ke 10, bayi kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara ibu akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi nanti. Panjang bayi kira-kira 4.5cm. Bayi kelihatan seperti udang kecil, buku lali dan pergerakan tangan sudah terbentuk dan boleh melakukan separuh gengaman. Sudah boleh menggerakan lengan,kaki dan dadanya sebagai latihan bagi membolehkannya bernafas
Minggu ke 11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya sama ada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan. Janin pada peringkat ini dikenali sebagai fetus. Saiznya sebesar tiub gincu. Biarpun dia semakin aktif tetapi pergerakannya masih lemah-lembut.
Minggu ke 12, usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita hamil akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan. Bayi sudah mula dipenuhi air ketuban iaitu dalam anggaran 44 ml.
Minggu ke 13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh.
Minggu ke 14, degupan jantung bayi akan semakin kuat dan sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung orang dewasa. Pada masa ini, bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya.
Bayi mula belajar menghembus dan menarik nafas.
Minggu ke 15, bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari tangan. Bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Kulit bayi kelihatan lutsinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biarpun kulitnya itu dilindungi rambut halus.
Minggu ke 16, usia kehamilan adalah 4 bulan. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi sudah mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke 14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Kakinya semakin panjang dan boleh menendang. Ketika pemeriksaan antenatal dilakukan, kita boleh mendengar denyutan jantungnya.
Minggu ke 17, rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen dan beratnya 170 g dan lemak mula menyaluti kulit bawahnya. Bayi boleh menghisap dan menelan. Matanya kini sudah diakhir pembentukan dan sudah berupaya mengerdipkan matanya.
Minggu ke 18, bayi di dalam kandungan sudah mula membuka mata dan mengerdipkan mataanya dan sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi juga dapat mendengar degupan jantung ibunya pada masa ini dan telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya. Pada waktu ini, pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan dan ianya bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah. Berat bayi adalah sekitar 225g dan mula pandai membuat bunyi-bunyian. Bayi di dalam kandungan juga akan menutupkan telinganya jika terdengar bunyi yang membingitkan.
Minggu ke 19, bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi dilahirkan kelak, bayi tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Bayi mula berlatih menggerakkan tubuhnya seperti berguling dan melentik ke belakang. Bayi juga suka menggerakkan mata, menendang dan menumbuk.
Minggu ke 20, pertumbuhan bayi dalam kandungan waktu ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Payu dara wanita hamil juga sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayinya pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu. Perkembangan bayi dalam kandungan yang dapat dilihat ialah jika bayi perempuan, rahimnya sudah terbentuk. Sistem saraf dan otaknya kini suda matang bagi membolehkan dia menggerakkan otaknya.
Minggu ke 21, wanita hamil akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar sentiasa sihat dan bertenaga amat penting. Lemak berterusan berkumpul dan tulang-tulang serta otot-ototnya semakin hari semakin kuat.
Minggu ke 22, struktur gigi mula berkembang. Pergerakan bayi juga menjadi semakin aktif. Sebaiknya-baiknya wanita hamil memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Tulang dalam bahagian telinga semakin keras, dan pendengarannya juga semakin jelas.
Minggu ke 23, pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik.
Minggu ke 24, pula, kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Bayi mula bertindak balas dengan suara anda. Rangsangan baik untuk perkembangan otaknya.
Minggu ke 25 dan minggu ke 26, saiz bayi sudah mencapai 33 cm. Salur darah dalam paru-parunya mula berkembang dan lubang hidungnya mula terbuka. Perkembangan dari segi tulang juga dapat dilihat, tulangnya semakin kuat. Paru-parunya pula mula menghasilkan bahan yang dikenali sebagai surtactant yang membolehkannya bernafas dengan baik dan warna matanya bergantung kepada warna latar belakang etniknya. Bayi juga sudah pandai menghisap jari.
Minggu ke 27, bayi sudah boleh menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindak balas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Berat bayi pada masa ini seberat 907 g dan panjangnya 14 inci. Bayi kelihatan seperti bayi yang sudah lengkap anggota badanya tetapi dalam bentuk yang kecil dan kurus. Otak dan paru-parunya berkembang pesat.
Minggu ke 28, bayi telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Pada waktu ini, sesetengah wanita hamil akan mengalami kontraksi.Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontraksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Mata, bulu mata dan keningnya kini terbentuk sempurna. Otaknya mula menyimpan memori dan bayi sudah mengenal suara ibunya dan suka mendengar muzik yang menenangkan.
Minggu ke 29, pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Bayi ketika ini sangat sensitif kepada cahaya, bunyi bau dan rasa.
Minggu ke 30, perkembangan bayi pada masa ini ialah, bayi sudah punya waktu tidur dan berjaga. Bayi juga telah mengisi hampir seluruh ruang di rahim anda. Pada waktu malam dia tetap aktif dan suka menggeling-geliut.
Minggu ke 31, ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke 32, bayi telah mengalami pertambahan berat badan. Ia boleh mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Antibodi si ibu kini telah dipindahkan kepadanya dan berupaya melindungi janin daripada ancaman penyakit.
Minggu ke 33, bayi telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap dan otaknya berkembang dengan pesat. Saiz kepalanya membesar sekitar 1cm. Rambutnya juga telah tumbuh.
Minggu ke 34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Pada waktu ini, bayi telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulitnya. Jadi bayi kelihatan agak tembam. Kuku jari dan tangannya semakin panjang dan perlu dipotong setelah lahir.
Minggu ke 35, bayi membuang air kecil 1/8 gelen setiap hari melalui air ketuban. Perkembangan dari segi paru-paru juga semakin sempurna. Lemak terkumpul di tubuh janin membantu mengekalkan suhu badannya apabila lahir nanti.
Minggu ke 36, bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus.
Minggu ke 37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm.
Minggu ke 38, wanita hamil tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kerap mahu membuang air kencing.
Minggu ke 39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini wanita hamil perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah dan perlu dipastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dan diletakkan di tempat yang mudah diambil.
Minggu ke 40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Wanita hamil akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Mereka juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Bayi di dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment