Baru-baru ni member saya msg minta tolong dgn saya. Dia minta tolong bayarkan saman parking di MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah). Tetapi pada ketika itu, kesihatan saya kurang memuaskan dan my hb plak bz ngan projeknya, bertambah plak dgn kerisauan dan sibuk terhadap anak yg baru nak masuk sekolah...jadinya tak dapat nak membantu dia. Maaf lah ye...
Berkenaan dgn masalah kawan saya tadi, dia bercerita yg dia tdk tahu bahawa di Melaka ni, pada hari cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan cuti umum ada dikenakan bayaran untuk meletak kereta. Kesian lah kat dia sbb dia kena saman sampai dua kali yg beza waktu saman pertama ngan kedua antara 5 hingga 10 minit shj. Saman tu biasanya Penguatkuasa akan letak di cermin depan. So, sesiapa yg dari luar negeri Melaka ini sememangnya tidak tahu ttg saman tersebut. Tahu2 je bila dh abes jln2 dan penat bersuka ria bertukar jadi adengan sedih plak krn mendapat surat saman. Tahun lepas2 pun ada saudara mara dan rakan-rakan saya yg berkunjung ke sini pun menghadapi masalah yg sama...Ermm...
Sememangnya Melaka adalah sesuatu tempat yg menarik utk dikunjungi. Walaupun saya bukan org Melaka tetapi menetap di sini memang seronok. Buat anda semua, jika berkunjung ke sini...terutamanya pada hari cuti walaupun hari ahad dan jika anda pergi ke Bandar Hilir atau tempat tumpuan utama pelancong... Anda hendak meletak kenderaan anda di LOT PARKING kereta...PASTIKAN anda melihat papan tanda yang menyatakan sama ada tempat2 tersebut perlu ketak kupon parking atau tidak. Sesetengah tempat tak perlu letak kupon. Biasanya tempat2 yg bukan tumpuan utama pelancong. Seperti parking di deretan kedai2 yang biasa2 tu...Waktu utk letak kupon parking seperti tpt2 yg dinyatakan tu biasanya pada hari biasa sahaja. Isnin hingga Sabtu. Tetapi jika anda meletak kenderaan bukan di kotak2 parking seperti di depan kedai2...walaupun sekejap....dan nasib anda kurang baik...pihak berkuasa membuat rondaan...tak silap saya akan dikenakan saman sebanyak ratus-ratus lah jugak...Walaupun urusan anda hanya sekejap sama ada pergi ke kedai membeli barang atau ke kedai gunting rambut, bank dan pelbagai agi...pastikan anda mengikut undang2 ye...
Jika ke Bandar Hilir dan yang berdekatan dgn nya mmg perlu anda membeli KUPON PARKING di pondok2 yg menjual kupon parking atau kedai2 yang menjualnya. Kedai2 yg dimaksudkan ini biasanya di bhgn atas kedai tu ada papan tanda huruf “P”. Kupon itu ada yg dijual untuk setengah jam dan 1 jam. Anda perlu gores shj masa yg diperlukan. Jika hendak tinggalkan kereta di situ utk lebih 1 jam, maka letaklah berapa bnyk kupon ikut masa yg anda inginkan.
Tapi HATI-HATI jika kupon yg anda letakkan melebihi masa kupon yg anda gores...hehe... jika penguatkuasa membuat rondaan dan ternampak...hehe...SAMAN akan dikenakan. Jika tidak silap saya, jika tak pamer kupon parking dan melebihi masa yg digores saman akan dikenakan sebanyak RM 30.
Jika ada dikenakan saman itu, anda boleh membuat bayaran di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, MBMB, Ayer Keroh. Bangunannya terletak di tepi jalan besar, berhadapan dgn Melaka Mall dan besebelahan dgn pusat membeli belah Jusco, Ayer Keroh. Dan jika anda membayar saman dalam masa 24 jam dari masa anda dikenakan saman...anda Cuma perlu membayar RM 5 je...
Itulah serba sedikit cerita saya. Jika saya tersilap maafkan saya... Hope anda semua enjoy bila berkunjung ke sini... Melaka Bandaraya Bersejarah...
kecewa sngt. kene compound rm30 pada hari sabtu jam 2 ptg... sungguh mana la kita tau. kalau di kuantan hari sabtu parking 1/2 hari je. ahad free... tmpt lain pun sama kut.... oh... melake bandar bersejarah.....
ReplyDeletemelaka kalo g kwsn2 bandar mmg kena park sampai pukul 6 wpun hari sabtu.. kena cek papan tanda (parking tu).. kalo x naya kena rm30..
Delete