Pages

Friday, October 8, 2010

OUR SWEET MEMORY - PENANG

Selepas ke Padang Besar kami menuju ke negeri mutiara, Pulau Pinang. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Hubby ku terpaksa memandu slow-slow sebab hujan turun sepanjang jalan. Tujuan kami ke Penang adalah untuk pergi beraya di rumah mak saudara hubby yang duk kat Balik Pulau. Sepanjang jalan sebelum sampai anak-anak suma tidur kepenatan. Bila sampai tol nak masuk jambatan semua terjaga. Seronok masing-masing tengok laut.


Sempadan Negeri Pulau Pinang





Pemandangan dari atas jambatan. "snap" dari dalam kereta je



Pemandangan di atas Jambatan Pulau Pinang



suka Adlina tengok laut



Hannah pun sama



Walaupun hujan tapi tetap nak "snap" gak sebab pemandangannya memang cantik



Bandaraya Pulau Pinang


Sampai je di pulau kami terus cari hotel nak check-in. Pada mulanya memang nak tumpang tidur rumah mak saudara hubby, Cik Zauyah tapi kami datang pun secara mengejut. Jadi, tak nak susah-susahkan dia sekeluarga. Lagipun nak cari rumahnya satu hal sebab kami tak tahu jalan. Hari pun dah lewat petang. So, carilah hotel. Ingatkan nak stay kat B-Suite tapi dah terlepas jalan. Jadi kami check-in lah di Hotel Seri Malaysia. Lagipun memang nak cepat sebab hari dah petang sangat. Nak bagi satu famili selesa kami pun amiklah bilik besar skit dan ada extra bed. Biarlah mahal skit. Sampai je kat bilik, sungguh mengecewakan. Air-cond tak berfungsi, sebab remote control bateri abis. Dah buat aduan sebanyak dua kali barulah nak amik tindakan. Selama satu jam kami berpeluh. Dengan keadaan bilik yang macam motel murahan je. Hubby kata memang rugi giler. Ingatkan nak amik refund balik. Tapi deposit mesti dia tak kan pulangkan. Dahlah mahal depositnye. Bila bab mandi plak, alamak!!! air punyalah slow. Memang tak puas langsung nak mandi.

Beginilah kedaan bilik yang kami duk tu.



Di atas tv tu ada senarai channel yg penyewa boleh tengok. Tapi sedih giler sebab tak de remote control. Nak pakai button kat tv tu pun dah tak wujud agi. Volume pun dah tak leh tukar slow ke kuat. So, kami cuma tengok satu channel je lah.



Tisu pun cuma tinggal 3 helai je. So, nak pakai pun kenalah jimat-jimat



Lihatlah keadaan kerusi yang disediakan. Nak duduk pun takut


Bila dah kena macam ni, rasa nak cepat je check-out. Suis pun ada dua je. Satu untuk tv dan satu agi untuk peti sejuk. So, kena tutup peti sejuk baru boleh guna untuk mengecaj atau masak air. Iron pun tak de. Nasib baik ada baju yang tak perlu digosok. Tu blum masuk bab sarapan. Memang tak sedap langsung. Sesiapa yang masuk cafe mesti kuar awal. Nak isi borang comment pun, borang lama. Orang lain nye. Pihak hotel tak kutip pun. Macam tak amik endah je. Patutlah servis teruk, sebab tak menghiraukan komen orang. Esoknya, kul 9 terus kami check-out. Aku bukan nak memburukkan tapi amiklah iktibar. Kami ni menyewa. Dah tu bukannya murah. Duit tu kalo bawak satu famili aku makan seafood pun kenyang tuh. Ntah2 ada balance agi.

Pada malam tu plak, lepas maghrib kami terus keluar cari makan. Hubby nak bawak pegi Padang Kota. Satu jam kami pusing-pusing cari. Last-last jumpa jugak. Nak tak nak susah sgt cari kedai makan, kitaorang pun makanlah kat restoran mamak. Nasib baik apa yang kami order sumanya sedap. Rasanya tu lah kali pertama kami makan kat kedai mamak yang masakannya sedap. Hubby pun cakap macam tu. Dah kenyang, kami pun lepaklah kat tepi laut. Orang punyalah ramai. Tapi kami duk sekejap je. Sebab hari pun dah nak lewat malam.


Padang Kota di waktu malam



Adlina dan Hannah


Keesokkan paginya selepas check-out dari tempat yang menyedihkan itu, kami pun bergerak menuju ke rumah mak saudara hubby yang terletak di Balik Pulau. Kami sememangnya tak tahu jalan nak ke sana terpaksalah bertanya orang. Perjalanan yang kami tempuh sememangnya menggerunkan and "really awesome" kerana terpaksa mengelilingi bukit dan jalannya bengkang bengkok. Inilah kali pertama kami melalui jalan bukit yang ada traffik light. Sesiapa yang melalui jalan ni mestilah mematuhi traffic light, walaupun dari arah hadapan tak de kenderaan. Jika bertembung susah sebab tak de ruang untuk ke tepi kerana di tepinya adalah curam yang amat tinggi. Kami jalan slow2 sebab ikut belakang lori. Paham-paham je lah kan kalo lori naik bukit mcm mana. Bukan lori kecil tapi lori yang angkut tanah tu. Memang penuh kesabaran. Jambatan yang dilalui memang jambatan tergantung. Seram...


Inilah jalan yang dilalui, jalannya memang tergantung. Di tepinya curam



Jambatan inilah yang kami lalu, jambatan tergantung macam kat France. Tapi di France tu lagi tinggi.


Setelah selamat mengelilingi bukit, kami pun sampai di rumah mak saudara hubby Cik Zauyah. Seronok dia kami datang sebab kami hubby tak pernah bawa kami lagi ke rumahnya. Rumahnya memang best. Sejuk je. Biasalah rumah kampung. Sunyi. Belakang rumah bukit dan ada air terjun, depan rumah ada anak sungai. Waa... seronok Hannah ngan Adlina tengok anak ikan berenang-renang depan mata. Pertama kali juga aku tengok pokok buah pala di depan mata sendiri. Yang selama ni hanya dimakan setelah dibuat jeruk je. Cik Zauyah sedikit kesal sebab kami tak tidur di rumah dia. Setelah diterangkan, barulah dia faham. Kebetulan pula suami Cik Zauyah baru balik dari umrah, dapatlah kami buah tangan dari Mekah.


Ada anak sungai di depan rumah.



Inilah buah pala, buah yang paling glamer di Penang.



Buah kurma dari Mekah. Tak pernah aku makan buah kurma di dalam kotak kecik ni. Rasanya lain dari buah kurma yang biasa aku makan. Memang sedap



Jubah untuk Adlina


Kami di rumah Cik Zauyah tak lama. Tengah hari kami ke pasar sekejap nak beli jeruk dan buah tangan sedikit. Cik Zauyah kata kat situ murah berbanding di tempat lain. Selepas itu, kami pun bergerak untuk pulang. Hubby ikut jalan ke Batu Ferringi sebab memang dah dekat. Boleh gak tengok sekali lalu. Sekali lagi kami melalui jalan berbukit. Banyak tempat pelancongan yang kami jumpa sepanjang perjalanan ke Batu Ferringhi seperti Dusun Buah Pala, Air Terjun Titi Kerawang, Tropical Fruit Farm, Dusun Durian, Forest Museum & Recreation Park dan Buttetfly Farm. Yang menariknya tempat-tempat ni semuanya di lereng-lereng bukit. Perjalanan memang mencabar. Tapi seronok.


Pemandangan dari atas bukit



Memang cantik


Bila menuruni bukit terjumpa terjumpa Empangan Teluk Bahang. Memang cantik sebab kita boleh nampak empangan dan di hujungnya adalah laut.

Empangan Teluk Bahang






Selepas menikmati pemandangan hutan kami terjumpa lagi hutan, Taman Rimba Teluk Bahang. Selepas itu, barulah laut, Batu Ferringhi. Sepanjang pesisiran jalan pantai ni memang banyak tempat pelancongan seperti Penang Cultural Centre dan macam-macam lagi. Kebanyakkan tempat-tempat ni, kami tak singgah cuma lalu sahaja.

Pemandangan di sekitar Batu Ferringi







Kapal hiasan di tepi laut



Cantik tak? Pemandangan hotel yang ada di sana



Tanjung Bungah


Selepas menjamu mata dengan pelbagai pemandangan kami pun terpaksa bergelut dengan kesesakan jalan untuk memasuki Jambatan Pulau Pinang. Nak naik feri tapi jalan nak ke jeti lagi sesak. Selepas 1 jam kami pun memasuki jambatan. Selamat tinggal Penang. Penang memang best. Tapi susah nak masuk bandar. Jalan selalu jam.

Pemandangan di atas jambatan. "Snap" buat kali terakhir










"Snap" lagi ketika perjalanan pulang



Bandar Ipoh



Cantik kan



Wajah-wajah ceria bercampur penat



Cantik. Pelangi menemani perjalanan kami


Setelah berhenti dua kali untuk mengisi perut dan menunaikan kewajipan kepada Tuhan. Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah tepat jam 10 malam. Bagiku percutian ini memang menyeronokkan. Ianya menjadi satu kenangan terindah dan takkan dilupakan. Thank you to my beloved hubby and we're really enjoy it and appreciate that.


2 comments:

  1. cantiknya gmbr..best klu dpt jln2

    ReplyDelete
  2. hehe tima kasih. jln2 sememangnya best. kalo ade pulus lah haha

    ReplyDelete

 

Popular Posts