Memandangkan cuaca hari itu agak baik, kami semua pun pergi ke Taman Rama-rama & reptilia. Tempatnya tak jauh dari tol masuk Ayer Keroh. Harga tiket :
Dewasa : RM 8
Kanak-kanak 3 thn ke atas : RM 5
(tak pasti 3 thn ke berapa thn)
Kamera : RM 3
Terkejut jugalah kamera dicaj RM 3. Bila beli tiket, orang kat kaunter tu tanya ada bawa kamera. Aku pun cakap tak de. Dosa aku menipu tapi mana buat macam mana kamera pun kena caj. Masuk zoo pun tak kena caj tau. Nasib baik bawa kamera kecik boleh lah songlap masuk dlm handbag. Kalo besar dah tentu tak dapat tipunya. Ingatkan diberi tiket bolehlah simpan buat kenangan, tapi diberi pelakat yang biasa-biasa tu. Macam penanda harga. Tapi yang ni bentuknya bulat. Ok jugalah tempatnya. Tapi bilangan rama-rama tak banyak dah lah. Dulu masa masuk ikut rombongan sekolah, banyak jugalah. Ada pelbagai spesis. Ni tinggal sikit-sikit. Kebanyakkan rama-rama di situ diawet dan digam di dahan-dahan pokok, daun-daun. Patutlah bila kita lalu benda tu tak bergerak langsung. Rupa-rupanya Tipah Tertipu. Tapi ok gak lah dapat tengok secara dekat rama-rama tu. Kalo tidak pasti susah punya. Disebabkan membawa kamera secara diam-diam, maka tak banyaklah tempat yang boleh kami snap. Takut gak kalo tertangkap. Naya nanti.
Banyak juga reptilia yang ada kat situ. Antara reptilia yang sempat aku snap. Ular dan ulat gonggok jenis besar-besar aku tak nak snap. Takut dan geli.
Di dalam Muzium Reptilia yang mempamerkan reptilia yang telah di awet.
Kami cuma masuk selama 1 jam setengah sahaja. Tempatnya tak sebesar mana. Tapi oklah untuk bawa keluarga berjalan-jalan. Tempat pun redup. Cuma bayaran masuknya sahaja mahal sikit dan kamera pula kena caj. Sampai rumah pun dah petang. Tak sempat Adlina dan Hannah nak bermain permainan baru sebab kepenatan.
Keesokan harinya....Permainan kegemaran mereka dari dulu hingga ke ermmmm... tak tahu nak cakap. Sebab diaorang memang suka dengan game block2 ni. Macam-macam bentuk yang dibina.
Kasihan anak-anak mama tertidur kepenatan.
No comments:
Post a Comment