Pages

Tuesday, December 13, 2016

BUKIT BATU PUTIH, PORT DICKSON

Isnin lepas, kami 1 family join  konservasi Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson membersihkan kawasan hutan & pantai di sana.. best jgklah sbb dapat join sama-sama dgn kawan2 yg kita tak kenal gotong royong membersihkan kawasan pantai.. dapat dedahkan anak-anak dgn penjagaan alam sekitar.. actually, sememangnya minggu tu mmg ada plan nak hiking bukit batu putih..pastu ade plak program mcm tu, so kami join skali lah..

Bagi sesiapa nak datang sini, mudah je jalannya.. ikut jer papan tanda PNB Ilham Resort Port Dickson sbb jln masuk nak naik bukit batu putih sebelah PNB je.. parking pun senang..tapi masa ni ramai giler org sbb cuti 3 hari, resort ramai org, bukit pun ramai org..

                             PNB Ilham Resort

 pintu masuk

kaunter bayaran masuk. RM1 je..tu pun caj dikenakan untuk 13 thn ke atas sahaja...
toilet pun ada disediakan

 dengar taklimat dlu, lps tu makan-makan



dah start mengutip

Jalan nak ke pantai, adalah sebelah kanan, kat tong sampah...kena turun pegang tali sbb curam skit dan jalan agak licin.. banyak pokok & daun berduri..so kena hati hati.. dr atas nak ke pantai tak jauh sgt..

pemandangan tepi pantai.. puncak bukit tu lah yg akan kami naik nanti
laut kat sini mmg cantek.. ada tapak untuk perkhemahan skali





Setelah selesai, kami pun start hiking..ikut balik jalan tadi sambil bwk 2 guni sampah  






lepas keluar dr hutan, kita akan terus mendaki sampai nampak rumah api..sebelum rumah api, akan nampak lorong kecik belah kanan naik ke atas masuk hutan untuk pergi ke bukit batu putih .. ada tanda tunjuk arah








kena panjat batu-batu tu untuk naik ke puncak bukit batu putih..kanak-kanak pun blh panjat cuma kena ada org sambut dr atas.. kat sini kita blh nampak kerjasama antara pendai-pendaki yg best & sporting

Pemandangan dari atas Bukit Batu Putih 







dah selesai sesi bergambar, lepak melepaskan penat, menikmati keindahan alam... kami pun turun..singgah skejap kat rumah api Tanjung Tuan 










kat sini lepak pun best, nampak laut dr atas.. kami tak larat nak pusing 1 rumah api cuma ikut jln kecik belah kanan tu jer 



Bukit Batu Putih mmg sy rekomen untuk bawak family untuk beriadah.. blh buat aktiviti berkhemah, hiking bukit & batu, masuk hutan, mandi laut sbb air nya cantek.. tak perlu risau kalo masuk hutan sb ada trek wpun bukan jln tar.. so inshaAllah tak sesat..






No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts