Pages

Thursday, April 2, 2015

JADI PRIHATIN & JADI BERTANGGUNG JAWAB






Semalam balik sekolah, Adlina bercerita tentang seorang kawannya yg hilang sejak balik dr aktiviti sekolah... terkejut, seram & hampir menggigil seluruh badan....

Setiap selasa, memang semua murid tahap 2 skolah adlina ada aktiviti kokurikulum kat skolah.. aktiviti persatuan & rumah sukan habis pukul 4 & jika ada sesape yg masuk aktiviti permainan yg lain akan tamat pukul 6 petang.... ada sorang kawan dia ni namanya maya (bukan nama sebenar), lepas abes tamat aktiviti permainan dia tak balik terus ke rumah.... bila hari makin lewat, ibu si maya ni kelam kabut mencari...mulutnya hanya bertanyakan soalan "nampak anak sy tak, nampak anak saya tak"... di sekolah,  kawan2 termasuk cikgu mencari dia di sekitar sekolah tapi tak berjumpa... hati ibu mane yg senang apabila dapati anak hilang mcm tu je... satu skolah kecoh...

Pada keesokkan harinya, kawan2 sibuk bertanyakan hal maya..apa jadi pada dia.... tetiba nampak dia kat skolah... maka terbongkarlah cerita  mana dia bersembunyi semalam... rupa-rupanya, dia pegi ke rumah kawannya si mila (bukan nama sebenar) untuk membuat kerja sekolah... dia tak sedar rupanya hari dah lewat malam..pukul 10 malam baru dia balik ke rumah.... dia balik dgn berjalan kaki seorang diri...walaupun antara  rumah mila dengan rumahnya tak brape nak jauh tapi bahaya tu tetap ada..bayangkan dari rumah mila dia kena berjalan kaki dlm 50 meter untuk masuk ke simpang rumahnya yg jauh masuk ke kawasan lagi dalam..kawsan kampung yg dalam keadaan gelap, lewat malam.. mmg sy tak dapat bayangkan jika itu anak sy... Ya Allah memang Maha Pelindung yg melindungi anak kecil itu pulang ke rumah dengan selamat...

Terdetik di dalam hati, mengapa maya tak maklumkan langsung kepada ibunya ke mana dia pergi.. ibu nya yg berstatus ibu tunggal separuh mati mencari di mana dia.. Ya Allah jika itu sy, memang lemah longlai tubuh badan sy & mungkin separuh gila... lagi satu mengapa parent kawannya itu tak terfikir ke nak beritahu ibu maya tentang anaknya itu & tak terfikir ke nak hantar maya pulang ke rumah..membiarkan maya berjalan kaki seorang diri di tengah malam...jika terjadi apa2 siapa yg harus dipertanggungjawabkan.... geram campur sedih 

Benda mcm ni bukan sekali dua berlaku di sekeliling sy, dah bnyk kali..dlu ada kes sorang budak tak sedar dah malam tak ingat nak bgtau ibubapa yg dia ada di rumah kawannya... bila ibubapanya mencari di rumah itu, bapa kawan anaknya itu kata anak dia tak de kat rumah tu.. padahal anaknya ada dlm rumah tu..cuma dia tak tahu & mungkin tak nak amik tahu....itu adalah salah satu contoh ibubapa tak amik kisah langsung tentang anak org lain & perasaan org lain..apa salahnya panggil anak dia tanyakan pasal kawannya itu....sikap mcm ini harus kita HENTIKAN...jika yg hilang itu anak anda, org lain buat mcm tu..agak2 apa yg anda rasa..

Buat anak-anak di luar sana,
  • PASTIKAN anda maklumkan kepada ibubapa anda ke mana sahaja anda nak pergi..walaupun hanya ke rumah jiran sebelah rumah supaya ibubapa kita tahu ke mana kita & keadaan kita...
  • hafal nombor telefon ibu bapa anda supaya mudah untuk kita dihubungi
  • minta ibubapa kawan tu untuk menemani kita pulang ke rumah...tak usah malu demi keselamatan
  • sentiasa beritahu siapa kawan kita & di mana dia tinggal
  • jangan sesekali buat hati ibu & ayah kita risau, sedih & terluka

Buat semua yg bergelar ibubapa atau penjaga, 
  • PRIHATIN lah & jadilah org yg BERTANGGUNGJAWAB ke atas anak2 kita dan juga anak2 org lain..walaupun anda tak kenal tetapi tanamlah sikap prihatin dan bertimbangrasa dalam diri anda...
  • MESTI tahu dgn siapa anak kita berkawan & di mana kawannya tinggal
  • SIMPAN no telefon anda di dalam beg skolah, dompet atau ape shj beg yg anak anda selalu bawa untuk memudahkan mereka menghubungi anda
  • sentiasa AJAR & PESAN pd anak tentang keselamatan..pesanlah hari2 biar mereka rasa bosan mendengar benda yg sama...biar bosan tapi jgn biar mereka lupa
  • SIMPAN no telefon ibubapa kawan anak-anak untuk mudah kita hubungi jika berlaku apa2 
  • Jika berlaku apa2, minta bantuan jiran atau kawan2 anda dgn segera

Jadilah seorang yg prihatin & bertanggungjawab agar tidak menyusahkan pihak yg lain... 
Pesanan ikhlas dari sy.. anak-anak permata kita & juga saham akhirat kita..jagalah & didiklah dgn sebaik-baiknya... sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa moga kita semua dalam lindunganNya... Aaaminn..



wajah bersih, halus & cerah semula jadi... klik sini nourain beauty care


No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts