Hari Kedua, sekali lagi aku dan anak-anak menjamu mata di sekitar bandar. Destinasi pertama kami adalah Pekan Rabu yang terkenal di Bandar Alor Star. Ianya tak jauh dari hotel penginapan kami. Cuma berjalan kaki je. Beberapa minit dah sampai. Di sini terkenal dengan ikan pekasam, songkok buatan sendiri, kedai menjual pelbagai jenis pakaian, tudung, telekung, kedai menjual barangan haji, kedai menjual kuih traditional, gerai barangan kraftangan, gerai minyak wangi dan gerai menjual aksesori. Di sini yang menariknya, ada di antara kuih traditional seperti kuih bahulu dan kuih karas dibuat di situ juga dan dijual panas-panas. Tak lupa juga deretan kedai makan yang menjual pelbagai jenis masakan. Banyak jugalah aku shopping sampai lenguhlah tangan ni. huhu. Tapi masih agi boleh memimpin tangan Adlina dan Hannah. Berhadapan dengan Pekan Rabu adanya hentian bas dan teksi. Jadi, senanglah bagi sesiapa sahaja yang ingin menggunakan perkhidmatan awam. Dan untuk menyeberang jalan disediakan juga jejantas.
Kami selesai pusing-pusing dan makan-makan lepas tu terus balik hotel. Tapi tak balik agi tu sebab sempat singgah beli buah potong dan keropok lekor. Kesian tengok anak-anak ku yang kepenatan. Tapi kul 2 nanti keluar agi.
Lepas merehatkan diri sekejap, aku ajak lagi anak-anakku untuk keluar. Kali ni destinasi kami adalah Muzium Diraja. Muzium ni pun tak jauh dari tempat kami menginap cuma berjalan kaki sahaja. Dapatlah juga bagitahu anak-anak ku tentang raja. Di samping menambah ilmu pengetahuan diaorang. Walaupun masa aku cerita tu Hannah tak faham. Masuk adalah percuma. Cuma kena register di pintu masuk. Tulis nama, dari mana dan berapa orang.
Lepas melawat Muzium Diraja, ingat nak pergi ke Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah tapi ditutup. Tengok pada waktu operasi sepatutnya buka tapi mungkin tak ada rezeki nak masuk. Ada juga pengunjung nak masuk tapi hampa. Jadi, "snap-snap" kat luar je lah.
Lepas "snap-snap" kat luar dan sekitar galeri, kami bertiga pergi pula ke Balai Seni Negeri. Kat bahagian dalam pun tak boleh ambil gambar. Jadi cuma "snap" kat luar je lah. Kat sini ada pelbagai jenis lukisan dipamerkan. Bagi sesiapa yang ingin membeli lukisan pun boleh. Masuk adalah percuma. Cuma kena register di pintu masuk. Tulis nama, dari mana dan berapa orang.
Lepas ke balai seni kami pun baliklah ke hotel. Sebab dah janji ngan anak-anak nak bawa mandi kolam. Lagipun hari dah nak lewat petang. Badan pun dah penat.
Malam pula dah janji ngan member hubby nak makan kue teow kerang yang paling sedap di bandar Alor Star. Char Kue Teow Iman yang terletak di jalan yang nak menuju ke Kuala Kedah. Nama tempat tu aku tak berapa tahu tapi ianya tak jauh dari Stadium Darul Aman dan ianya berhampiran dengan Utama Business Complex. Yang best nye kue teow kat situ diselaputi dengan telur macam nasi goreng pattaya. Tapi nasi goreng pattaya telurnya tebal dan garing sikit tapi kue teow ni telurnya nipis dan tak beberapa nak garing. Dek kerana lapar, terlupalah nak "snap" huhu. Dah setengah makan bari teringat nak "snap". Orang punyalah ramai. Tak putus-putus orang datang. Dia goreng pun di hadapan pelanggan.
Kat sini sementara menunggu kue teow siap dimasak, rata-rata pelanggan yang datang makan nasi lemak yang telah siap dibungkus. Selain nasi lemak ada juga dijual kuih muih. Nasi lemak pun ada pelbagai jenis lauk. Sempatlah aku beli bawa balik nak rasa. Ermmmm... sememangnya sedap. Begitu juga dengan char kue teow nya. Sampai sekarang teringat agi. Bilalah nak merasa agi agaknya. Harga pun berpatutan. Murah giler. Kue Teow kedai mamak pun tak leh lawan lah. Inilah kali pertama aku merasa kue teow paling sedap.
Lepas mengenyangkan perut, kami semua pergi ke Up-town Alor Star di Stadium Darul Aman. Pelbagai jenis barang dijual. Ada tikar, comfoter, toto, beg, baju, jam, selipar dan macam-macam agilah. Harganya pun murah. Apa yang aku dapat tahu beza up-town sana ngan area kl atau melaka beza harganya lebih kurang RM 5 ke Rm 10. Murah kan. Lagipun ada juga barang yang tidak dijual di sini ada di sana. Ramai gak orang menghabiskan duit kat situ. Termasuklah aku hehe...
Lepas penat berpusing, kami pun balik. Sebab esok ada lagi destinasi yang kami nak tuju. Nantikannya di OUR SWEET MEMORY - PADANG BESAR PERLIS
Salam kedai koeyteow tu nama Koeyteow Iman..hihi
ReplyDeletewsalam..a ah lah Koeyteow Iman..br ingat..huhuuu..tq ya tolong bgtau hihiii...
Delete