Pages

Wednesday, September 29, 2010

OUR SWEET MEMORY - ALOR STAR, KEDAH

Pada 21 September 2010, jam 8 pagi kami sekeluarga telah bertolak ke Alor Star, Kedah mengikuti hubby yang punya urusan kerja di Alor Star. Perjalanan memang menyeronokkan kerana sepanjang jalan dihiasi pemandangan yg cantik2. Anak2 pun seronok. Inilah pengalaman pertama kami berempat menuju ke destinasi yg agak jauh. Mata sentiasa dijamu pemandangan yg cantik. Inilah kuasa Allah.










Welcome to Ipoh


pintu masuk ke terowong


suasana di dalam terowong


menyeberangi Sungai Perak dgn melalui Jambatan Sultan Azlan Syah


Sungai Perak


Welcome to Kedah, Negeri Jelapang Padi

Setelah berhenti makan di Hentian Tapah, Perak, Alhamdulillah, kami selamat sampai di Alor Star, Kedah jam 4 petang. Sampai saje terus cari Hotel Holiday Villa yang mana telah dibooked seawal seminggu dan check in. Tak susah pun cari, sebab hotel tu adalah bangunan tertinggi di bandar Alor Star. Best sgt. Kami duk kat tingkat 13. Punyalah tinggi dan pemandangannya pun cantik.

Tapi apa yg kami sedikit kesalkan adalah tindakan pihak hotel yang agak lewat menyediakan extra bed seperti mana yang diminta. Padahal sewaktu booked bilik dah dinyatakan sekali untuk disediakan extra bed dan 3 hari sebelum pergi kitaorang dah pun menghubungi pihak hotel untuk pengesahan. Bila sampai je kami terpaksa menunggu selama 2 jam lebih pihak pengurusan hotel menyediakan extra bed. Hubby ku yang kepenatan memandu nak rehat pun tak senang sebab takut tengah lena tidur diaorang datang. Televisyen yang ada pun tak boleh ditonton sebab semua channel gambarnya kabur. Pihak hotel menyarankan agar kami pindah bilik tapi kami mahukan saiz bilik yang sama agar lebih selesa. Jika adapun saiznya agak kecil sedikit. Tetapi malangnya tiada. Jika ada pun, keesokkan harinya baru ada yang kosong. Tetapi di tingkat 15. Aduh! malasnya nak pindah. Nak kemas agi. Last2 duk bilik tu gak.


inilah bilik kami duk tu

Apa yg best duk kat hotel ni adalah tidak susah untuk mencari tempat makan kerana keluar je dari pintu hotel tup tup ada banyak kedai makan. Kedai menjual pelbagai brangan pun banyak. Ada farmasi, kedai kasut dan sebelah hotel tu pun ada shopping kompleks City Plaza. Pada hari pertama kami sampai, tak banyak aktiviti yang dibuat. Cuma turun makan. Dah kenyang jalan-jalan cari "something" untuk Adlina dan Hannah, kot-kot diaorang bosan duk dalam bilik. Terjumpalah buku mewarna. Apa agi seronoklah diaorang. Tu yang diaorang suka.


aktiviti Adlina dan Hannah, mewarna



Hari kedua di Alor Star, tinggal lah kami bertiga je. Hubby ku dah meneruskan urusannya. Lepas sarapan, kami bertiga lepak kat bilik sekejap. Kul 12 tengah hari baru keluar. Destinasi pertama kami bertiga adalah shopping kompleks City Plaza. Tu yang paling dekat agipun tak berani nak jalan jauh-jauh lagi sebab tak kenal jalan. Sampai petang kami jenjalan. Sampai dah penat dan dah tak de tempat agi nak pusing, Adlina ajak balik bilik.

Hari ketiga di Alor Star. Kami bertiga menuju ke tempat yang paling glamour skali kat Alor Star iaitu Pekan Rabu. Banyak gak aku shopping. Sampai lenguh tangan bawak barang. Makan tengah hari skali. Lepas makan, Adlina merengek nak balik. Nak tak nak ikutkan je lah. Kul 2.30 petang kami keluar lagi nak bawak anak-anak tengok bandar Alor Star. Sampai kul 5 petang baru kami balik. Itu pun sebab dah janji ngan diaorang nak bawa mandi kolam renang. Lepas bersiap nak nak gi mandi, hujan lak turun rintik-rintik. Terpaksalah tunggu dengan muka Adlina yang masam, frust. Nasib baik hujan tak lama. Happylah lah balik muka masing-masing.


sebelum keluar berjalan, sempat agi possing kat tepi kolam renang


sekadar main-main air. nak lepaskan gian


lepas balik dari round satu Alor Star, bersiap nak mandi di kolam renang. sementara tunggu hujan reda

Telatah Adlina dan Hannah di kolam renang.Punyalah seronok.



Kolam renang hotel tu terletak di tingkat 9. So, angin pun punyalah kuat bertiup. Sampaikan Hannah menggigil. Tu pun ada hati nak mandi agi. Lepas naik bilik. Si Adlina ngan Hannah pun zzzzzzzzzzz.... Satu hari tak tido campur penat skali.

Malam plak, member hubby ajak kami semua makan kue tiaw goreng kerang special yang paling sedap kat Alor Star. Memang sedap. Sampai sekarang teringat agi kuetiaw tu. Lepas makan, diaorang ajak singgah up-town Alor Star. Barang-barang kat situ memang murah. Geram giler. Kalo bawak lori memang banyak dah aku angkut hehe...

Hari keempat di Alor Star, lepas sarapan pagi kitaorang suma check-out dan menuju ke Padang Besar, Perlis. Selamat tinggal Alor Star. Bila lah agaknya kita boleh jumpa lagi. Memang Best.

Di coretan yang akan datang, apa yang menariknya di Alor Star nantikannya di OUR SWEET MEMORY - Bandar Alor Star Kedah.


No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts