Pages

Thursday, October 7, 2010

OUR SWEET MEMORY - PADANG BESAR, PERLIS

Pada hari keempat selepas mengenyangkan perut dengan sarapan buat kali terakhir di Holiday Villa, kami pun check-out untuk menuju ke Padang Besar, Perlis. Orang cakap kat sana barangannya murah dan kedai-kedai di sana mula beroperasi pukul 12 tengah hari. Tu yang nak pegi shopping agi tuh. Perjalanan dari Alor Star ke Padang Besar cuma mengambil masa 1 jam lebih je. Tu pun kami tersesat sampai ke imegresen sempadan Bukit Kayu Hitam. Kenalah pusing balik... haha... Sesiapa yang nak pergi sana kena merentasi ladang tebu yang terbesar di Malaysia. Pemandangan sepanjang perjalanan punyalah cantik. Dan di tengah ladang tu ada pihak kastam buat road-block. So, kenalah berhenti kejap. Dia cuma tengok-tengok je. Pastu dia suruh jalan. Hubby kata dia saja check kot-kot ada yang bawak barang seludup atau bawa apa-apa yang tak sepatutnya.

Macam mana? Cantik tak?










Welcome to Padang Besar, Perlis


Kami sampai jam 11 lebih. Masuk je kawasan Padang Besar RM 2 untuk kupon letak kereta harus dibayar di pintu masuk. Lepas tu shoppinglah puas-puas. Banyak kedai telah dibuka memandangkan hari tu hari Jumaat hari cuti bagi kawasan utara. Di bahagian depan, kawasan gerai seperti pasar malam. Di sini pun, banyak gak dijual pelbagai barangan. Keliling Complex Padang Besar ada rumah-rumah kedai. Di bahagian tepi, kawasan makan. Ada sumber mengatakan rumah-rumah kedai tu harganya tinggi sedikit. Tapi apa yang aku tahu semuanya sama je. Cuma kita perlu pandai tawar menawar. Complex Padang Besar tu pun boleh tahan gak harganya.

Kawasannya amat luas. Jenuh lah jugak berjalan. Setiap kedai menawarkan harga yang berbeza. Kita cuma kena pandai mencari kedai yang menawarkan harga murah. Apa yang glamer kat sini adalah toto atau selimut tebal. Selain itu, barangan makanan, perlatan memasak seperti kuali, periuk, pakaian, barangan hiasan rumah, beg tangan dan barang kemas emas tiruan. Yang menariknya, barang kemas ini seakan-akan emas tulen. Setiap ciri dan corak buatan memang sama. Harganya pun murah. Cuma ianya ringan sedikit berbanding yang tulen. Bagi kaum wanita kalo tengok mesti leka, termasuklah aku. Ingat nak beli, tapi aku memang jenis yang tak boleh pakai jenis macam tu. Nanti kena gatal-gatal, alergik. Jadi terpaksalah membatalkan niat tu.

Bagi perlatan memasak jenama yang digunakan pun jenama yang berkualiti. Harganya berpatutan. Begitu juga dengan pakaian. Kalo ditengok jenama, corak buatan memang halus dan seakan sama dengan yang tulen. Baju yang aku beli tu pun jenamanya sama dengan jenama di butik pakaian atau pasaraya yang lain. Memang sama. Agak-agaknya diaorang beli kat sini ke pastu jual dengan harga yang mahal. Kalo betullah, tipah tertipu lah jawabnya. Tetapi baju untuk kanak-kanak memang mahal. Paling murah pun aku dapat sehelai gaun RM 25 ke atas. Tu pun tak jadi beli sebab mahal. Tak lawa mana pun. Begitu juga dengan beg tangan. Rasanya sama harga dengan jualan runtuh Parkson, Metrojaya, Sogo atau Jaya Jusco.

Sebelum bertolak pulang, hubby ajak singgah di bahagian belakang iaitu gerai-gerai di atas bukit. Di sini banyak gerai yang menjual pelbagai barangan. Apa yang mengejutkan tiada pengunjung di situ. Kasihan pada para peniaga tersebut. Kebanyakkan pengunjung tak berapa tahu kewujudan gerai-gerai tersebut sebab ianya terletak di bahagian belakang di atas bukit. Berhampiran pintu masuk bahagian belakang. Rasanya barangan di kawasan ini lah yang paling murah berbanding complex di bahagian bawah.

Apa yang sedikit mengecewakan adalah harga makanan yang dikenakan adalah mahal. Terkejut aku sewaktu nak membayarnya. Makan tak seberapa ordernya. Mentang-mentanglah kami ni orang luar sewenangnya dicaj mahal. Nak tak nak bayar je lah.


Suasana di Complex Padang Besar. Banyak kedai yang nak kena singgah



Antara yang menjadi daya tarikan. Gerai menjual barang kemas palsu. Macam yang original punya. Cuma bezanya, ianya ringan berbanding yang tulen



Antara kedai yang sempat di"snap"



Ole-ole untuk Adlina dan Hannah. Comel tak?



Dua helai baju ni cuma RM 50 je. Harga sebenar RM 65



Yang ni RM 25 dari harga sebenar RM 35



yang ni 3 untuk RM 10.


Tepat jam 3 petang, dengan kereta yang sarat dengan barang-barang kami bergerak menuju ke Pulau Pinang negeri mutiara. Coretan akan datang OUR SWEET MEMORY - PULAU PINANG.


For any purchase, order or for more update information, please kindly visit our facebook fan page.

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts