Pages

Thursday, January 21, 2010

ASPEK PEMILIHAN HOSPITAL BERSALIN


Jangan pandang mudah tempat di mana anda mahu bersalin. Memilih hospital bersalin bukan sekadar melihat pakej berpatutan oleh sesebuah hospital itu sebaliknya mesti mengambil kira beberapa aspek tentang apa yang ditawarkan oleh pilihan tempat bersalin itu. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah kepakaran doktor, jumlah kakitangan atau anggta lain yang membantu doktor, kemudahan jika berlaku kecemasan, pengalaman doktor, bajet dan lokasinya.
Kadang kala, ada yang memilih hospital adalah kerana pengalaman dan kepakaran doktor yang membuat rawatan. Jika bertemu dengan seseorang doktor yang memberi penerangan yang jelas dan cara penyampaiannya juga cukup professional, maka mereka akan merasa selamat jika doktor itu yang merawatnya semasa bersalin. Tetapi sebaliknya jika bertemu dengan doktor yang tidak ramah, penerangannya juga kurang jelas dan menunjukkan personaliti yang tidak meyakinkan.

Anda perlu tahu adakah doktor itu seseorang yang pakar atau tidak. Anda berhak bertanya. Adakah doktor itu mampu melakukan rawatan segera jika bayi menghadapi masalah kelahiran. Adakah ada rawatan bagi sesetengah ibu yang mengalami masalah jantung, sakit asma atau tiroid. Adakah tempat itu, ada anggota lain yang membantu doktor sama ada jururawat yang terlatih atau nursing aid. Ada sesetengah hospital swasta, mempunyai nursing aid yang mana mereka ini dilatih semasa kerja tetapi tidak mempunyai sijil kejururawatan yang sah. Pastikan jururawat atau pembantu doktor adalah yang terlatih kerana sesama ketiadaan doktor, anda akan dirawat oleh mereka.

Anda perlu memberi perhatian terhadap kemudahan yang disediakan seperti wad bersalin, bilik ruang bersalin, bilik ICU (untuk ibu), NICU (untuk bayi) dan perlatan untuk menghadapi saat kecemasan. Pastikan semua kemudahan ini mencukupi untuk rawatan ibu dan anak. Anda juga perlu bertanya kepada pihak hospital, adakah ada kemudahan rawatan jika anak yang dilahirkan tidak cukup bulan atau lemas waktu bersalin.

Pastikan juga hospital atau klinik bersalin itu mempunyai peralatan sokongan yang baik. Dan yang paling utama sekali, adakah ada pertolongan darah disediakan dengan kadar segera. Ini adalah kerana ada berlaku kes kematian yang berpunca daripada kelewatan mendapat bekalan darah dan lewat merujuk kepada hospital kerajaan untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.

Mengenai bajet pula, adalah dinasihatkan anda perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak. Ia adalah persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan. Lokasi pula, adalah lebih baik jika ianya berdekatan dengan rumah.



Reference : Pa&Ma


No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts