Wednesday, January 27, 2010
DAY OF BIRTH...
Peringkat 1 : Sakit Bersalin
Tanda sakit bersalin akan tiba ialah apabila lendir yang menutupi bahagian saluran rahim akan pecah dan mengeluarkan mukus berdarah dari faraj.Peringkat seterusnya apabila air ketuban di mana bayi anda berada di dalamnya akan pecah. Ia boleh berlaku seperti air yang banyak keluar secara tiba-tiba, atau biasanya sebagai lelehan air. Kemudian pengecutan uterus bermula secara berkala dan semakin meningkat. Pada mulanya sederhana, tidak terlalu kerap dan sekejap. Ia datang secara berkitar, mencapai puncak sebelum hilang perlahan-lahan. Peringkat pertama sakit bersalin berakhir apabila pengecutan menjadi lebih lama sehingga hampir 1 minit, semakin sakit dan semakin kerap hampir setiap 5 minit sekali. Ia akan mencapai puncak lebih cepat dan hilang perlahan.
Apa yang perlu dilakukan?
Tempoh peralihan
Sebelum peringkat kedua bermula, terdapat satu peringkat peralihan di mana pengecutan berlaku setiap 3 hingga 4 minit. Ia memuncak dengan cepat dan boleh menjadikan anda merasa sedih. Mujur juga peringkat ini selalunya agak pendek.
Peringkat 2 : Bersalin
Peringkat ini bermula sebaik sahaja pintu rahim terbuka dengan sepenuhnya (10sm)
dengan bayi menurun ke bawah lantai pelvik.
Pengecutan mungkin akan terjadi selang 2 minit dan berlangsung selama 3 saat. Peringkat kedua ini selalunya berlangsung selama kurang daripada 1 jam bagi yang bersalin buat kali pertama dan separuh daripada tempoh itu bagi yang telah pernah besalin.
Apa yang perlu dilakukan?
Ikut arahan doktor/bidan berkenaan bila anda perlu meneran bagi mengurangkan koyakan yang tidak diingini.
Peringkat 3 : Kelahiran bayi anda
Peringkat terakhir ialah apabila bayi anda sudah dilahirkan sehinggalah uri dipisahkan daripada uterus.
Apa yang akan berlaku apabila tiba di hospital atau wad bersalin?
Apabila tiba di wad bersalin, jururawat akan memeriksa berat, suhu, tekanan darah dan denyutan nadi. Sampel air kencing akan diambil untuk dianalisis. Perut anda akan diperiksa untuk menganggarkan saiz bayi, kedudukan bayi dan arahnya (sekiranya kepala ke bawah). Kadar jantung janin dinilai sama ada menggunakan kardiotograf (CTG). Kebanyakkan wanita akan mendapat denyutan jantung bayi dan pengecutan mereka diawasi oleh CTG. Kekuatan, tempoh dan kekerapan pengecutan akan dikira. Enema mungkin diberikan untuk mengosongkan perut.
Pemeriksaan vagina biasanya dilakukan untuk menentukan berapa besar bukaan serviks dan sama ada membran sudah pecah atau belum. Sekiranya berlaku pendarahan atau pemecahan membran diketahui, pemeriksaan vagina mungkin dikecualikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment