Pages

Monday, July 19, 2010

TERLEPAS CAKAP :(

Pernah tak sesape yang terlalu marah dan geram pada anak atau sesape je terutama pada anak yang masih kecil, anda tersebut perkataan yang agak kasar????



Ni pernah terjadi pada aku minggu lepas... aku terlalu marahkan dia dan aku terlepas cakap... aduhai... meleleh air mata aku bila mengenangkan kembali apa yang aku cakap kan kat dia. Adlina mmg nakal dan biasalah budak2 nak membesar dan dia pun baru je mula nak bercampur orang... tahun ni pertama kali dia kenal apa itu sekolah. so, banyalah benda yang dia belajar dan bergaul dengan pelbagai ragam.

Hari itu, mmg dia nakal.. dia buat mcm2 benda yang menyebabkan tahap kesabaran aku tercabar.... dan tak semena mena tahap kesabaran aku sampai ke kemuncaknya... terlepas satu perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang ibu... (actually 'word' tu x lah kasar sangat, tp aku x pernah ckp 'word' yang mcm tu selama ni)lepas tu, aku melalak minta maaf dari dia.. dia pun nangis sama. dia janji takkan buat agi... dan benda ni pun aku tak pernah cakap ngan hubby aku... takut dia marah... tapi kalo dia baca blog aku ni pun dia akan tahu gak...

Selepas hari itu, aku selalu berdoa mohon sifat kesabaran dariNya sentiasa ada dalam diri ku ini. Aku kena banyak belajar dan kena banyak bersabar mcm mana nak selesaikan masalah... pernah aku terfikir kalo benda kecil mcm ni aku tak leh nak handle mcm ne ngan masalah yg agi besar....

Semalam, aku tgk tv cerita "Problem child". best cite tu.. mmg ade teladannya bagi aku. kalo seorang ayah boleh bersabar dengan karenah seorang anak yang terlalu bermasalah... mengapa tidak aku...anak aku tak lah nakal mcm tu cuma dia tak nak dengar cakap je dan suka buat benda2 yang membuatkan aku geram...

So, mulai dari hari ini, aku kena belajar bersabar. Apa itu SABAR? mmg aku akui aku ni seorang yang mudah hilang sabar.. salah sikit pun blh buat aku melenting....

Azam baru.... aku kena banyak BERSABAR.... Sabar tu kan separuh dari iman... kalo nak masuk syurga kenalah banyak bersabar... dan kalo marah selalu lah menyebut nama Allah s.w.t. InsyaAllah.


Adlina, mama minta maaf... mama janji tak kan buat agi... i love u....



2 comments:

 

Popular Posts