Pages

Friday, August 13, 2010

MENGAJAR ANAK KECIL BERPUASA

Salam Ramadhan khas untuk semua penganut islam. hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Alhamdulillah. Dari Salman Al Farisi r.a berkata, "Rasulullah berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Syaaban dengan sabdanya, "Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa di siang harinya, menjadikan solat Tarawih sebagai sunat di malamnya".



"Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan di mana awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka. Perbanyakkanlah di dalam bulan Ramadhan 4 perkara. Dua perkara darinya menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu dengan mengucapkan/mempersaksikan tiada Tuhan selain Allah dan kamu meminta keampunan dan dariNya. Dua perkara lagi kamu sangat memerlukannya iaitu kamu memohon Syurga dari Allah dan kamu memohon dariNya supaya dijauhkan dari neraka" (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah)

Bagi kita yg dewasa ini puasa itu adalah suatu yg ditunggu-tunggu. bagaimana pula dengan si kecil kita? bagaimana nak melatih mereka belajar puasa? itu bukan suatu tugas yg mudah. sanggupkah kita melihat anak2 kt yg masih kecil menahan lapar dan dahaga. dgn pelbagai. terutama skali bg mereka punya adik yg masih kecil. begitu juga dgn Adlina yg ada Hannah yg sentiasa menggoda keimanan kakaknya. pelbagai petua dan cara dilakukan oleh para ibu bapa atau ahli keluarga yg lain untuk melatih anak2 kecil berpuasa. ada yg memberikan ganjaran berupa wang atau brg2 kesukaan anak2 untuk menggalakkan mereka berpuasa. tetapi adakah ini merupakan suatu yg positif. tepuk dada tanya selera... begitu juga dgn kami sekuarga sentiasa menggalakkan Adlina yg br berusia 5 thn berpuasa. pada hari pertama, dia berpuasa sehingga pukul 1.20 tgh hari. tu pun dia bukannya nak makan nasi cuma nak segelas air dan beberapa keping biskut je. semalam, blk dr sekolah dia cerita kawan2 dia ramai yg x berpuasa. semua bawa bekal makanan. dia yg kelihatan penat ku suruh tidur dan berehat je sepanjang hari. aku berjaya memujuk dia berpuasa sehingga kul 4.20 ptg.

Tetapi ada satu rahsia yg disembunyikan dr babah dan mama nya. ketika sedang berehat lepas memasak juadah berbuka, dia membuka rahsia. rupa rupanya di sekolah dia telah meminta sehelas air kosong dr cikgunya. terkejut giler ktorg. dia ingatkan kalo berpuasa blh minum skit air. lepas tu blh continue puasa. aku ngan hubby ku pun memberi nasihat. Adlina mmg ktorg hantar ke tadika agama so, mudah lah skit nak nasihat dan explain. dia dah mula faham. hari ni ku nasihatkan dia agar kuat dan sabar.

Berbalik pada tajuk, ada pelbagai cara untuk kita melatih mereka. semuanya terpulang pada kebijaksanaan ibu bapa masing2. sebaiknya, had umur terbaik bagi melatih anak2 kecil mula berpuasa ialah pada usia 5 tahun. bagiku pula mula melatih Adlina bangun sahur ketika usia 4 thn. walaupun dia tdk berpuasa atau setakat puasa hingga kul 10 pagi. tetapi bgiku itu adalah cara untuk dia mengenal apa itu puasa? jika dia tak nak bersahur, tdk pula kami memaksa. biasanya anak2 kecil ni dia ada mood. kalo dia rasa nak buat dia akan buat. kalo dia tak nak, jgn dipaksa. nanti dikhuatiri dia akan takut untuk melakukan ibadah puasa. begitu juga buat masa skarang. sahur tetap kami kejut. kami mahu dia membiasakan diri dgn bersahur. ceritalah kepadanya tentang kebaikan bersahur. mengapa perlu kita bersahur? InsyaAllah mereka akan faham.

Cara terbaik melatih anak berpuasa adalah berpuasa separuh hari dulu. keesokan, panjangkan lagi waktu. jika semalam berpuasa sehingga jam 12 tengah hari, hari ini 1 petang. begitulah seterusnya sehingga dia berjaya puasa penuh. ini dapat mengelakkan mereka daripada rasa dipaksa dan galakan boleh memberikan semangat kepada mereka serta menyemaikan rasa seronok berpuasa.

Ceritakan kepada mereka tentang kehebatan berpuasa. ganjaran bg mereka yg berpuasa. aku sering menceritakan tentang keindahan syurga. sesiapa yg berpuasa akan dimasukkan ke dlm syurga. bagaimana keadaan syurga. "di syurga apa yg kita nak Allah akan beri. kakak nak mainan, Allah beri. kakak nak game yg mahal2 pun ada. tak payah kita beli. Allah bg free je. tapi kakak kenalah sabar ye. kakak kena puasa." dengar je mcm tu, dia akan berasa seronok dan brsemangat untuk meneruskan puasanya. kami tak menggalakkan Adlina dgn memberinya hadiah atau duit kerana ditakuti dia akan berpuasa bukan dgn ikhlas.

Tanyakan pada mereka juadah apa yg dia nak bila berbuka nanti. cubalah sediakan bg yg mampu. berbukalah bersama keluarga di rumah. ini pasti seronok. Adlina dah pesan semlm hari ni dia nak donat coklat. InsyaAllah akan mama usahakan. hehe...Free Smilies courtesy of www.GreenSmilies.com

Jangan biarkan anak2 yg berpuasa begitu aktif termasuk bermain kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka. suruh mereka tidur tp jgnlah sehingga seharian tido aje. galakkan mereka membuat aktiviti yg mereka suka. kalo Adlina dia suka melukis, mewarna dan suka tgk movie. bg yg blh membaca galakkan mereka membaca. tak kisahlah buku atau komik. kalo blh jgn bg mereka tgk tv bnyk sgt sbb nanti ada iklan yg akan menggugat keimanan mereka.

Pastikan jika mereka yg mempunyai adik kecil yg tidak berpuasa tidak makan di hadapan mereka. kalo Hannah nak maka, biasanya ku suruh Adlina duduk dlm bilik.

Sesekali bawalah mereka berjalan2 di shopping compleks. waktu yg digalakkan adalah waktu petang. agar mereka berasa seronok dan terlupa tentang makanan. dan anda juga boleh lah mengajak mereka berbuka di luar. tanyakan di mana mereka mahu berbuka. tetapi ada kelemahan jika kita berbuka di luar. kita akan terburu buru untuk mengerjakan solat maghrib. bg tempat yg ada menyediakan kemudahan seperti surau itu adalah lebih baik. tetapi bg kami tak menggalakkan untuk berbuka di luar. tetapi sekali sekala apa salahnya. begitu juga dengan membawa mereka ke bazar Ramadhan. kami akan menggalakkan mereka agar berjimat dan mengingatkan mereka bahawa bulan Ramadhan bulan yg menggalakkan kita beribadah. ianya cuma datang sebulan sahaja dlm setahun.

Di waktu mlm pula, bawalah mereka solat terawih di surau atau di masjid bg yg mampu. kanak2 ni mesti suka bila solat secara beramai ramai. secara tak langsung mereka akan merasai keseronokkan bulan Ramadhan.

Dalam kita sibuk mengajar anak kita berpuasa jgn lupa mengajar mereka bersolat. solat itu tiang agama. jika boleh solat lah secara berjemaah. dan juga galakkan mereka mengaji.

Jangan lupa tentang khasiat ketika menyediakan makanan. lebihkan makanan karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga. bagi menu menu bersahur pula gabungan zat diperlukan termasuk protein, kaborhidrat, kalsium dan mineral. kumpulan makan karbohidrat, protein dan lemak boleh dilebihkan sepanjang berpuasa supaya tenaga dapat disimpan hingga ke petang. ketika puasa, kadar metabolisme bergerak perlahan, begitu juga pembakaran lemak, secara tidak langsung tenaga dikeluarkan.

Selain nasi, karbohidrat turut diperoleh daripada mee, roti serta ubi kentang manakala sumber protein memadai jika si kecil dihidangkan lauk pilihan daripada daging, ikan atau ayam. bekalan kalsium pula boleh didapati daripada susu atau produk tenusu seperti keju untuk pembinaan tulang.

Begitupun, kanak-kanak tidak boleh dipaksa menjamah makanan ketika awal pagi tatkala mata masih mengantuk. jika mereka jemu makan nasi waktu sahur, pelbagaikan menu asalkan gabungan zat diperlukan mencukupi. antaranya menyediakan sandwich, pasta, spagetti dan apa jua hidangan bersesuaian selera.

Digalakkan melebih­kan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan sama ada ketika bersahur mahu pun berbuka kerana kedua-duanya berserat tinggi. berbeza dengan karbohidrat dan lemak, serat atau fiber lambat diproses menjadi tenaga membolehkan ia disimpan hingga petang.

Tidak salah menambah kuantiti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk si kecil. Ia boleh dimasak sebagai lauk atau lebih baik dijadikan salad. Bagi yang ingin kelainan, ia dikisar sebagai jus tetapi khasiat akan berkurangan disebabkan kehilangan serat. seelok-eloknya juga jangan dicampur gula.

PASTA pilihan untuk ubah selera

Pelbagaian serta kreativiti menghidang terutama tatkala bersahur wajar dipelbagai supaya keinginan menikmati makanan bercambah dalam diri anak. justeru, setiap hari pasti mereka tidak punya masalah bangun pagi dan makan sahur kerana yakin ibu menyediakan makanan menyelerakan

Jauhi garam

Saranan ini bukan bermakna ibu harus menyediakan masakan tawar atau tiada langsung perasa sebaliknya elakkan anak daripada menjamah makanan ringan yang sememangnya tinggi kandungan garam. makanan masin mampu mempercepatkan kehausan kepada individu khususnya kanak-kanak.

Jika mereka mudah dahaga walaupun kurang melakukan aktiviti fizikal, sudah tentu anak itu ingin mengurangkan kehausan dengan minum. pasti mereka tidak dapat menahan diri seterusnya tidak mampu bertahan hingga waktu berbuka puasa. makanan pedas pula antara pantang untuk mengelakkan perut si kecil meragam.

Elakkan kafein

Kopi atau teh tidak sesuai diambil kanak-kanak disebabkan sifatnya sebagai bahan deuratik iaitu pelawas kencing. bimbang jika anak kecil sentiasa membuang air. pada hari biasa mereka boleh menggantikan air yang hilang dengan minum tetapi apabila berpuasa, situasi berkenaan menimbulkan masalah.

Air penting bagi mengelakkan anak mengalami dehidrasi ketika berpuasa. Pastikan mereka mendapat air secukupnya iaitu antara satu hingga satu setengah liter. ketika puasa rutin makan ditukar kepada malam hari, begitu juga jadual minum air. biasakan diri mereka mendapat bekalan air mencukupi.

Perkenalkan kurma

Khasiat kurma sudah diketahui sejak zaman Rasullah SAW. Buah tamar bukan saja sesuai untuk orang dewasa malah kanak-kanak. kandungan kurma asli yang mempunyai serat tinggi membantu membekalkan tenaga kepada individu untuk tempoh panjang walau hanya makan dua biji ketika sahur atau berbuka.

Mungkin awalnya kanak-kanak sendiri menganggap buah tamar hanya sesuai untuk ibu atau mereka. cuba biarkan mereka menjamah sedikit untuk merasai keenakan pemanis mulut yang diperakui bagus untuk kesihatan apabila turut mempunyai vitamin C dan zat besi bagi pembinaan sel darah merah.

Itulah serba sedikit tips yg dapat saya kongsi bersama. semuanya terpulanglah pada diri anda sendiri. jika nak melatih anak2 berpuasa, latihlah mereka dgn cara yg ikhlas agar mereka dapat merasai keseronokan dan keindahan Ramadhan.

Selamat berpuasa... Smiley


No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts