Pages

Thursday, September 30, 2010

OUR SWEET MEMORY - BANDAR ALOR STAR, KEDAH

Kali ini ingin ku ceritakan pula apa yang menarik di bandar Alor Star Kedah. Pada hari kedua kami berada di Alor Star, aku dan anak-anak menjamu mata di shopping complex City Plaza Alor Star. Biasalah semua shopping complex semuanya sama. Di sini ada menjual pelbagai barang. Yang paling banyak adalah kedai menjual barang perhiasan ala2 macam "Living Cabin", kedai menjual t-shirt dan jeans, kedai menjual kerongsang dan kalo tak sah shopping kompleks kalo tak ada kedai menjual telefon dan aksesorinya skali. Jenuh mencari tempat makan rupa-rupanya food court terletak di tingkat kedua paling atas kalo tak silap aku. Tapi bagi yang muslim dinasihatkan berhati-hati ketika hendak memesan makanan. Sebab aku nyaris terkena. Deretan kedai makan yang ada bercampur melayu dan cina. Semua menu makan dalam bahasa malaysia. Ku ingatkan semuanya orang kitalah yang meniaga. Ingatkan nak orderlah kuey teow goreng. Jadi pergilah ke kedai tu nak order. Yang keluar dari dapur nak amik order nyonya cina. Tak jadilah nak ordernya. Setahu aku semua food court yang aku pernah pergi majority kaum melayu. Kalo kaum lain tulisan pada menu adalah dalam tulisan diaorang lah. Tak tahu plak aku kalo yang nyonya tu pun muslim. Tapi nampak dari cara dia berpakaian memang dia bukan muslim lah. Maaflah kalo aku tersilap.

Wednesday, September 29, 2010

OUR SWEET MEMORY - ALOR STAR, KEDAH

Pada 21 September 2010, jam 8 pagi kami sekeluarga telah bertolak ke Alor Star, Kedah mengikuti hubby yang punya urusan kerja di Alor Star. Perjalanan memang menyeronokkan kerana sepanjang jalan dihiasi pemandangan yg cantik2. Anak2 pun seronok. Inilah pengalaman pertama kami berempat menuju ke destinasi yg agak jauh. Mata sentiasa dijamu pemandangan yg cantik. Inilah kuasa Allah.


 

Popular Posts