Pages

Thursday, September 8, 2011

SEKOLAH OH SEKOLAH...~rasa terkilan juga dgnnya~

Selasa, 6 September 2011 dapat surat dr pihak sekolah Adlina berkenaan esoknya (Rabu) pihak sekolah akan membuat jamuan raya..jadi, pihak sekolah meminta sumbangan sejenis kuih dari setiap murid..ok tu tak kisah lah...jamuan raya mesti sesuatu yg menyeronokkan utk Adlina...dan juga diminta setiap murid harus memakai baju raya...



So, dgn excited nya Adlina nak pakai baju raya dia thn lepas sbb dia tahu mamanya tak kan bagi dia pakai baju raya thn ni...yelah sekarang kan masih di bln raya lagi...tp dia merengek-rengek nak pakai kasut raya dia yg br dibeli yg ala-ala cinderella tu...aku tak bagi pun, takut kasut tu rosak...br pakai sekali dua...nak dipakainya ke sekolah...dia cakap, cikgu suruh pakai baju cantik-cantik dan kasut cantik-cantik...pasal baju ok je, tapi bab kasut tu susah sikit lah...masih bersekolah lagi nak melaram yg cantik-cantik plak...dia kata, cikgu cakap jamuan raya mesti pakai yg cantik-cantik...kakak tak nak pakai sekolah, tak nak pakai kasut buruk-buruk...

Aku pun cakap lah slow-slow dgn dia, "Kakak kan nak pergi sekolah, pergi sekolah utk ape? jamuan raya itu bagus utk kakak makan sama-sama ngan cikgu-cikgu, ngan kawan-kawan, pakaian tu tak penting...janji kakak baik, seronok makan sama-sama dan belajar rajin-rajin". dia pun ok je...tapi dia nak pakai kasut yg biasa dipakainya semasa berjalan-jalan tu...aku pun benarkan lah dia pakai...

Balik je dr sekolah, dia pun cerita yg dia seronok dapat makan macam-macam kuih raya...dia cerita, "kakak makan banyak...tapi kakak tak minum air yg cikgu beri sbb kakak rasa air tu macam air gas je...kakak minum sikit...pastu kakak buang dlm longkang...kakak minum air kosong je". dan macam-macam agi lah yg dia cerita...tapi ada satu bab yg aku rasa terkejut dan terkilan dgn pihak sekolahnya ni...

Menurut ceritanya, semasa berhimpun kat padang sekolah, cikgu ada membuat pertandingan pakaian tercantik...jadi cikgu-cikgu akan memanggil sesiapa yg memakai baju yang cantik-cantik dan kasut yg cantik-cantik ke hadapan...berdiri di hadapan perhimpuan, senyum-senyum dan tunjuk pada semua...aku terkejut yg amat sangat...kenapa pihak sekolah ada event spt itu...kata sekolah agama...tapi kenapa perlu ada benda-benda yg mengarut itu...sepatutnya sejak dari kecil lagi kita perlu mendidik anak-anak bersikap secara sederhana, bukan nya utk meriak dan berbangga dgn diri...patutlah anak aku tu bersungguh-sungguh dan merengek bagai nak rak nak pakai pakaian yg cantik-cantik...oooo nak tunjuk pada semua...aku merasa terkilan kerana sesuatu yg kita harapkan dr pihak sekolah telah tersasar dr tujuan utamanya...

InsyaAllah setakat ini kami suami isteri sentiasa dan sedang berusaha mendidik anak-anak kami cara kesederhanaan, tetapi jika ada pihak lain yg cuba mengajar dan mendorong mereka ke arah yg sebalinya...terpaksalah kami mencari alternatif lain agar apa yg kami ajar dan bimbing mereka tdk tersasar, di samping kami sentiasa memohon pertolongan dari Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa dari segala-galanya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."

(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)


No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts