Pada 21 Februari yg lalu, tepat jam 9 pagi bertolak lah kami sekuarga ke negeri mutiara, Negeri Pulau Pinang a.k.a Penang. "Penang, here we come again". Hotel dah dibooked awal2 lagi dgn request "sea view". hehe... Kami cuma berhenti sekali je tuk memenuhi perut di Hentian Rehat Tapah.
Memandangkan kami akan stay di hotel yg terletak di Penang Road, so naiklah ferry sebab ianya memang dekat berbanding kalo naik jambatan. Memang jauh dari jambatan Penang ke Penang Road. Inilah pengalaman pertama kami naik ferry dgn membawa skali kereta (sebenarnya ini pengalaman kedua aku naik ferry. 1st time, masa rombongan sekolah form 3). Memang menyeronokkan. Mula-mula Adlina ngan Hannah mcm takut2 je. Bila dah lama sikit barulah diaorang ok. Di atas ferry tu jugak, sempat agi hubby ku bertanya kat org mcm mane nak pg ke Penang Road. Yelah tak sempat nak beli GPS hehe.. Bukan main kami berpossing. Orang lain muka boring je. Al-maklumlah, baru pertama kali naik ferry hehehe...Pemandangan memang cantik. Banyak ferry, kapal di lautan. Sempat juga snap2 mana yang patut.
Lebih kurang dalam kul 4 petang, syukur kami selamat check-in. Masuk je dlm bilik terus kami tgk suma benda kat dlm bilik tu. Tv, air cond dan mcm2 lagilah. Nak memastikan sumanya berfungsi dgn baik. Tak nak lagi terkena mcm yg dulu2 tu. Nanti nak kena tunggu maintenance lah, kena pindah bilik lah, ape lah. Sebelum mengemas beg lebih baik check dulu tul tak??? Waaa... penat lah jugak sebab lama duk dalam kereta. Penat campur seronok. Dalam penat2 tu sempat jugak Adlina ngan Hannah berpossing dalam bilik. Kami duk kat tingkat 10. Pemadangannya memang cantik. Mengadap laut. Apa lagi, snap gak lah hehehe...
Hari kedua, di Penang. Pagi2 lagi hubby ku dah keluar ade urusan kerja. Sememangnya, tujuan utama kami ke Penang adalah sebab hubby ku itu ade urusan kerja. Sambil2 tu makan angin. So, tinggal lah kami bertiga. Kalo nak diikutkan, kami bertiga nak keluar sendiri2 saje jenjalan. Tapi hubby kata urusannya cuma sampai tgh hari saje. So, tunggulah sampai abis. Sementara menunggu, aku pun bawaklah anak2 lepak2 kat swimming pool. Memang dah ku duga, kalo bawak anak2 ni ke situ mesti merayu rayu nak minta mandi. Aku pujuk cuma boleh main air je. Seronok lah diaorg...
Tengah hari lepas makan di salah satu restoran mamak yg berhampiran dengan hotel (sememang nya makan kat situ mmg sedap. murah lak tu. lain giler bezanya dengan kedai2 mamak kat area melaka ni. makanan pun tak brape nak sedap. mahal lak tu. tp kat situ, murah je). Ramai org bercerita, kalo masuk satu keluarga ke kedai nasi kandar di Penang mesti tak lari dari RM 100 ke atas. Tapi kami masuk dua ke tiga kedai mamak a.k.a nasi kandar tak de lak mahal. Murah je dari biasa. Sedap lak tu. Hubby kata mungkin kedai yg besar2 kot. Kami masuk kedai kecik2 je. hehehhe ye lah kot. Tak kisahlah mahal ke murah ke asalkan sedap dan blh mengenyangkan perut. Tul tak??? Berbalik pada citer aku td, cadangnya kami berempat nak pergi ke Bukit Benderan a.k.a Penang Hill dengan menaiki teksi. So, tanyalah kat salah seorang pemandu teksi kat situ. Katanya, Bukit Bendera ditutup kerana kerja2 renovation. Hampa lah jugak tak dapat naik. Balik hotel, tanya pada doc google, memang ade kerja-kerja pengubah suaian tuk ganti tren. Bulan mac ni baru dibuka kembali. Alahai... kami terawal seminggu je... So, hubby ajak jalan2 kat Padang Kota Lama dengan berjalan kaki sahaja. Nak melawat tempat bersejarah, Fort Corwallis & Esplanade. Dengan berpandukan peta sahaja, kami pun berjalan lah menyusuri panas terik. Sememang pengalaman yg menyeronokkan sebab kami ni mcm pelancong asing lah plak. Yelah, ingatkan kami je yg berjalan kaki, tapi ramai pelancong luar berjalan sama sambil tangan memegang peta. Kami ikut jalan jauh tuk sampai ke situ. Patutnya ade shotcut tapi kami tak tahu. Dlm 2 kilometer kot ktorg berjalan. Nasib baik anak2 tak bising.
Sampai2 sana je, ramai pelancong luar membanjiri Padang Kota Lama. Terasa mcm kat negara diaorg plak. Memang mereka suka melancong nak berjalan di sini sebab cuacanya yg agak panas. Memandangkan di negara mereka mengalami "winter". Jadi mereka ke mari tuk "memanaskan diri". hehe... Padang Kota Lama adalah tempat tuk org beriadah sambil merehatkan minda dengan pemandangan laut yang cantik. Disediakan beberapa kedai makan, taman permainan kanak-kanak, tempat bermain kasut roda atau skateboard/basketball pun blh juga. Di situ juga terletaknya tempat bersejarah Fort Cornwallis. Nak tahu pasal Fort Cornwallis click sini Fort Cornwallis Kalo tak cukup info tanyalah pada doctor google. Nak masuk sini dikenakan bayaran tau. Banyak org tak tahu a.k.a main terjah je sbb tak nampak kaunter jualan tiket yg didirikan di bawah khemah je.
Bila dah puas berjalan jalan kat situ, kami pun bergerak nak ke Komtar dengan menaiki bas atau teksi. Sedang aku duk belek-belek peta bas mana nak naik, ade seorang uncle chinese tu tegur aku. Dia tanya, "You mau pigi mana?". Aku jawab lah nak pergi Komtar. Dia kata kalo mau pigi Komtar, naik bas tapi sana tunggu. Sambil tangannya menunjuk ke seberang jalan. Rupanya kami dah silap bus stop hehehe. Dia suruh kami naik bas free atau percuma. "Bas MPPP, tak bayar guna wang punya". Nasib baik uncle tu beritahu. Baik uncle tu. Mula2 mmg ade bas MPPP tu lalu, tapi penuhnya. Yelah free sape tak mau naik. Yg bas berbayar cuma 2 ke 3 org je hehehe... Dalam setengah jam jugak kami tunggu. Dapat jugak naik bas MPPP. Cayalah Penang. Ada bas free... Memang best gilerr... Anak2 mula2 tu takut gak, tp lama2 diaorg ok je. Lagipun aku ni mmg dah lama tak naik bas. Last skali naik bas 7 thn lepas. Tu pun zaman2 sblm berkawin. Sampai di Komtar, kami pusing2 dan berjalan di sekitar2 tu je. Bila tanya pada Hannah ngan Adlina, diaorg kata seronok naik bas. Sempat juga mengisi perut kat situ.
Lepas makan, kami nak balik ke hotel dengan berjalan kaki sahaja. Nak berjalan menyusuri Penang Road yang terkenal dengan kedai2 menjual pelbagai barangan. Ada banyak kedai yg menjual pelbagai jenis barang. Kebanyakkannya kedai pakaian yg menjual pelbagai jenis baju dari pelbagai jenis corak dgn pelbagai harga. Kena bijak tawar menawar hehehe.. Ada kedai menjual barangan cenderamata, minuman, makanan, dan kalo Penang mmg tak sah kalo tak beli asam jeruk. Dah penat berjalan dan perabih bershopping kami pun pulang dlm kepenatan.
Waktu malam, makan dlm bilik je sbb tak larat nak keluar. Cuma hubby ngan Adlina je yg keluar membeli makanan. Tu pun beli kat bawah je. Lagipun hujan dah mula turun. Terkejut hubby beli burger special yg sememangnya special sbb burger tu saiznya dua tapak tangan aku ni ha. Dengan kue tiaw goreng, nasi goreng. waa mmg mengenyangkan. Hubby ku cerita, kat kedai burger tu ade pelbagai jenis burger dan pelbagai jenis sosej. Saiz dari kecil hingga besar. Patutlah org ramai makan kat situ.
Keesokkan hari, kami check out lebih kurang dalam pukul 11 pagi. Tapi yg tak best nya hotel tu bila kita check out ucapan terima kasih pun tak de. Tahulah bisness kencang tapi tak de appreciate langsung. At least cakaplah terima kasih. Kang cakap lebih lebih kang kata kita ni perkauman lah plak. So diam2 je lah.
Kami keluar dari Georgetown lagi skali dgn menaiki ferry. Kali ni kami naik ferry di tingkat atas. So, scary.. tinggi woo... Naik ferry kali ni adalah percuma. Tambang ferry hanya perlu dibayar sewaktu nak masuk ke Georgetown sahaja. Bila nak keluar, free of charge. Tabiklah Penang.
No comments:
Post a Comment