Pages

Wednesday, March 9, 2011

OUR SWEET MEMORY ~PERAK~ The Lost World Of Tambun

23 Februari, lepas check out dr Penang kami pun bertolak ke Ipoh, Perak. Niat di hati nak pergi mandi manda di Lost World of Tambun. Sampai kat Ipoh, terus survey tempat nak check in. Tanya pd doc google. Maka menginaplah kami di Hotel Seri Malaysia Ipoh dan memandangkan ianya terletak dekat je ngan tempat tu. 15 minit perjalanan. Takut gak kalo terkena mcm Seri Malaysia kat Penang tu (bukan nak mngutuk, tp nak bg ingatan kpd pihak yg berkenaan agar sendiri mau ingatlah). Masuk je dlm bilik, mcm biasa terus check suma benda dlm bilik tu agar sumanya ok. Dah ok dan puas ati br lah mengemas apa yg patut. Petang plak hujan turun lebat giler. Risau lah gak sebab kami suma nak keluar cari makan. Dalam kul 6 ptg hujan pun berhenti seperti mengerti hehe... Emoticon


Kami keluar dan berjalan di Ipoh Parade. Biasalah shopping complex brg2 yg dijual sumanya mcm biasa. Perut dah lapar cari2 tempat nak makan. Cari food court yg terletak di tingkat atas skali. Alamak aiii... kedai yg dibuka cuma skit je, bnyk yg tutup. Yg masih buka pun suma chinese je. Adui... cari2 lagi tempat makan. Fast food pun ok. Tengok2 suma fast food yg jenis mahal2 nya. Kalo nak makan mesti tak lari dr rm50 dan tak pasti perut leh kenyang nye. Nak tak nak kami makan lah di Restoran Marry Brown. Tu yg paling murah. Lepas makan terus balik nak merehatkan diri untuk bersedia bertempur esok Emoticon

Bangun pagi bersarapan di cafe hotel. Memang sedaplah masakannya. Ramai org cakap, kebanyakkan hotel seri malaysia ni masakan nya tak brape nak sedap. Tapi memang betullah sbb aku pernah kena kat Penang dulu. Tapi yg kat Ipoh ni sedap plak. Kami pun mengenyangkan perut dgn sekenyang kenyang nya lah. Dah bayor kan hehe... Pagi tu plak cuaca mendung, awan gelap je. Risau plak kalo hujan. Rugilah kami kalo hujan. Hotel dah bayar tuk 2 mlm, bilik besar lak tu. Lebih kurang dlm kul 10 pagi, awan mendung td berarak dan digantikan dgn cuaca yg cerah. Syukur... Siap2 kami pun keluar dgn excitednya...

Lost World of Tambun, Sunway city Ipoh dibuka jam 11 pagi. Kami plak sampai awal 15 minit. Maka berpossinglah masing2 dan snap ape yg patut.


Smiley Welcome to Lost World of Tambun, Sunway City Ipoh Smiley























Bila dah dibuka, kami pun beli tiket yg berharga :


Smiley Dewasa : RM 38 seorang

Smiley Kanak-kanak : RM 32 seorang

Smiley Kanak-kanak di bawah ukuran 90 cm adalah PERCUMA




Anakku Hannah Mariah tak cukup 90 cm, so free ler. Semasa membeli tiket, jurujual tiket tu akan memberi penerangan tentang syarat2 nak masuk. Patutlah org2 yg beli tiket tu sumanya lama. Rupanya ada taklimat kecil. Syarat-syaratnya :

Smiley Tiket yg dijual yg berupa sticker hanya tuk sekali masuk sahaja. Tidak boleh keluar, masuk. Kerana ianya akan discan tuk sekali masuk sahaja

Smiley Makanan, minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali air mineral sahaja

Smiley Baju tuk mandi mestilah menggunakan baju khas yg dibenarkan iaitu baju renang. Seluar atau baju yg ada zip, button, tali pinggang dan yg sewaktu dgnnya tidak akan dibenarkan. Jika dipakai baju juga yg tidak sesuai, pengawal akan meniup wisel memberi amaran

Smiley Binatang tidak dibenarkan dibawa masuk

Smileydan macam2 lagilah. aku bukannya ingat suma hehehe... nak tahu lebih lanjut click sini The Lost World of Tambun


Bagi aku suma syarat ok kecuali syarat yg ketiga tu je. Mana nak cari baju renang. So, ktorg pun surveylah pakaian renang kat kedai souvenirnya tu. Seluar renang aje yg ketat tu pun 29 hinggit. Pastu fikir2 blk ktorg tak jd beli. Mahal gilosss.... Sebelum masuk td sempat juga aku rembat kat jurujual tiket tu peta. Tu pun kena minta. Kalo tak minta dia tak bagi. Kata nak masuk "lost world" kenalah pakai peta. Takut sesat maa.. GPS tak de

Sebelum masuk, pengawal akan memakai ticket (sticker) di pergelangan tangan. Bila nak masuk, suma beg akan diperiksa agar tidak membawa brg2 bahaya dan makanan dari luar. hehehe... Lepas tu ticket akan discan.



Perkara pertama kami buat apabila masuk adalah mcm biasa jalan2, tengok2 tempat, lawat2 ape patut. Pelbagai kemudahan disediakan. Ada surau, bilik mandi, toilet, baby's room, kedai2 makan.


Emoticon kat dlm ni pun bnyk peta Emoticon



















Semasa kami melawat Petting Zoo, agak mengecewakan sebab kerja-kerja pembersihan sangkar dan tempat tinggal binatang masih lagi dijalankan. Ingatkan dah nak abis wat kerja, tapi mcm br nak start je. Br nak bagi binatang makanlah, mandikan lah. So, kt ni susah nak tgk binatang2 kat situ. Takkan diaorg masuk kerja kul 11 kot. Abih tu, nak tgk ape kalo mcm tu. Lepas tgk aksi yg mengecewakan tu, kami pun berjalan lah ke tasik. Pemandangan mmg cantik. Ingatkan nak naik bot swan tp kena bayar. So, tgk2 je lah. Pastu nak cari tempat org berkayak tp tak jumpa. Jalan2 jumpa Tiger Valley. Tengoklah aksi pak belang berenang. Adlina ngan Hannah lah paling seronok. Dapat tgk harimau.




















Lepas tengok harimau jumpa plak Kepura Cave iaitu tempat org meeting. Jalan2 nak naik train tapi jadual tak kena. Train jalan lambat, ptg pada weekdays. So, possing2 gitu jelah.










Jalan2 kat pot dry game. Sempat lah jugak naik mainan kuda yg pusing2 tu walaupun kami berempat je. Pastu naik sampan besar 2 org je ngan Adlina. Yg lain aku tak naik. Takut maaa, tak de org teman. Dah puas jln barulah mandi manda. Aku tengok org2 yg datang tu tak ramai pun yg pakai baju renang. Suma pakai mcm biasa2 je. Life guards yg jaga tu pun tak plak tiup wisel. Risau gak kang tak dibaginya aku mandi. Membuang lah 38 hinggit aku tu. Dah lah hubby aku tak nak mandi.


Emoticon yg ni cuma ktorg berempat je yg naik (dibooking) Emoticon





Emoticon yg ni kami tak nak naik hehe... Emoticon











Emoticon kapal sebesar ini cuma aku ngan adlina je Emoticon




















Mandi2 sejam je pastu hubby ajak pg makan. Banyak stall kat dalam tu tak bukak. Yg buka hanya kedai kat Petting Zoo ngan yg kat bhgn depan tu je. Ingatkan kalo dah tak dibenarkan membawa masuk makanan dr luar bnylah pilihan makanan tapi agak mengecewakanlah jugak. Pilihan tak banyak dan harganya terlalu mahal, pd pendapat aku lah. Tiada dijual mcm makanan yg ringan2, roti atau ape je. Kemungkinan diaorg nak jaga betul2 kebersihan sbb bila kita makan benda2 tu suma pasti bersepah dgn pembungkus makanan. Yelah org2 kat dunia ni pun bukan SEMUANYA rajin. Duk dlm kereta pun blh campak sampah ke luar. Btul tak???? Aku order sepinggan nasi goreng yg saiznya semangkuk dengan sedikit ikan bilis je dah 8 hinggit sepinggan. Waffel biasa yg slalu kita beli mana2 tu harganya rm 3.50 satu. Air paling murah mineral water botol kecil rm 3 sebotol. Maka, aku pun belilah jus mangga yg mcm kita beli kat jusco tu rm 3.50 satu. Adalah dinasihatkan, sesiapa yg nak datang sini, kena bawak budget lebih skitlah. Nak2 kalo yg berfamili besar hehe...

Lepas makan, jln2 agi. Bnyk tempat mandi. Kolam air panas pun ade bnyk. Siap ade jakuzi lagi kat atas batu besar. Tak tahan nak rendam kaki kat dlm kolam air panas sbb panas gilerr... Dah lah namanya air panas dicampurkan lagi dgn kepanasan matahari yg terik. Lagilah panas. Cuma celup kaki skit2 je.












Emoticon best giler... yg ni aku buat sampai 3 kali hehe...Emoticon







Emoticon yg ni pun hanya kami2 je. tempahan khas Emoticon







Emoticon gambar last diambil tu pun nak pujuk hannah balik. sbb semuanya dah mengigilEmoticon



Emoticon souviners. cuma beli fridge magnet ngan pensel bercorak kulit haiwan je hehe... Emoticon


Kami mandi dan bermain air sehinggalah pukul 4 ptg. Itu pun si Hannah ni tak nak naik agi. Nak mandi agi. Maknye dah tak larat nak layan. Puas pujuk dia. Nampak gaya dia pun mcm dah tak larat dah tapi hatinya tak nak balik agi. Lepas sumanya dah ditouch up, kami pun bergerak pulang. Sebelum keluar sempat agi beli souvineer haha.. Perut pun dah lapar berendam lama sgt singgah jap kedai mamak yg terletak kat Sunway City beli makanan. Kami bungkus je sbb Hannah dah tido lena sgt. Kejut2 tak mau bangun (tu pun tak nak blk agi td). Org kat kedai tu punyalah ramai. Hubby kata mungkin sedap kot menu dia. A'ah btullah mmg sedap. Murah lak tu. Order nasi beriani, ngan ayam goreng dua ketul, sotong besar tapak tangan aku, lauk lain, mee goreng tuk Adlina, roti canai (wah!!! giler punya melantak kitaorg hehe..) baru 17 hinggit je. Murah giler... Makan pun puas tuee...

Plan untuk esok, ke mana ye??? Tak de plan pun nak jenjalan mane. Tapi nantikan post OUR SWEET MEMEORY ~PERAK~ Kellies Castle


For any purchase, order or for more update information, please kindly visit our facebook fan page.

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts