Tempatnya tak susah nak cari. Tepi jalan je. Nampak sunyi je dari luar. Yelah, weekdays. Tak ramai pengunjung. Masa kami sampai tu pun mmg cuma kami2 je.
Dikatakan Kellies Castle ini adalah seperti Taj Mahal Malaysia kerana ianya dibina atas dasar cinta pemiliknya Mr William Kellie Smith kepada isterinya Agnes sempena kelahiran anak mereka Anthony. Istana ini tidak sempat disiapkan kerana kematian Mr Kellie ketika beliau melawat Lisbon. Isterinya yg amat sedih telah menjual semua aset suaminya dan pulang semula ke Scotland.
Adults - RM4
Students/Children - RM3
Kawasan sekitar mmg cantik. Disediakan beberapa kedai makan. Nak naik castle kena seberang sungai guna jambatan ler hehe... Org cakap kat sini popular dgn keunikan castle itu sendiri dan ada sepohon pokok yg menyerupai seekor beruang. Kami cari juga pokok tersebut tapi pohon tersebut didapai hampir mati. So, tak berani nak snap gambar. Lagipun tempat ini sungguh sunyi, penuh misteri dan agak menyeramkan.
Di sini, setiap penjuru tempat mesti ade info pasal istana dan paling bnyk info yg mengingatkan pengunjung tentang keselamatan diri. Memandangkan ianya telah lama dibina dan ianya tidak pernah disiapkan. Jadi mmg bnyk tempat2 merbahaya dan tiada penghalangnya. Dilarang sama sekali membuat perkara-perkara yg mungkar dan tidak dibenarkan berlari lari. Sesiapa yg ade anak kecil perlu lebih berhati hati dan berwaspada setiap masa. Oleh kerana juga tiada penjaga, so kami pandai2 sendiri ler berjalan ke sana sini. Masuk ke dalam kawasan castle ni mmg ada perasaan seram yg timbul. Maklumlah tempat tiada penghuni. Tetapi bangunan ini seperti tidak dijaga. Ianya kotor dengan bahan buangan haiwan yg menginap di sini, ada rumput liar yg tumbuh dan ada juga botol-botol kosong bersepah di sana sini dan ianya nampak kotor dan diharapkan pihak berkaitan haruslah mengambil tindakan yg sewajarnya. Oleh sebab ianya tidak putus-putus dgn pengunjung dan mereka juga harus membayar harga tiket, jadi pihak berwajib harus mengambil tidakan segera untuk memeliharanya kembali.
Habis saje melawat, kami terus bergerak untuk perjalanan pulang ke rumah. Nak singgah di Kuala Kangsar tempat bersejarah JWW Birch tak sempat lah sebab ianya dah agak jauh. Tak lupa sebelum balik mesti beli buah tangan dari Perak yg terkenal dgn buah-buahan dan nak cari labu sayung tapi tak jumpa lah plak.
Sememangnya percutian ini semuanya mmg best dan amat menyeronokkan. Dari Penang hingga ke Perak. Sesuatu yg tidak akan hilang diingatan kami semua. Terima kasih pd hubby tersayang yg sememangnya "full sponsors for our trips". Thank you so muchhhh...
No comments:
Post a Comment