Pages

Friday, November 20, 2009

BRAIN DEVELOPMENT IN THE WOMB

Otak manusia mula membentuk seawal tiga minggu selepas konsepsi. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak bayi tetapi sebilangan besar wanita hamil yang sihat tidak perlu mengubah gaya hidup mereka secara radikal untuk membolehkan perkembangan otak bayi yang optimum. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan pada setiap trimester sepanjang tempoh kehamilan bagi menyokong otak bayi anda.
Perkembangan otak Dalam Trimester 1

Pada minggu ke 5, saiz embrio hanyalah sebesar saiz kismis. Tiub neutral membesar menjadi tiga bahagian yang kemudiannya akan menjadi kompleks. Pada peringkat ini, spina dan korda spina membesar lebih cepat berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.

Pada minggu ke 7, sistem otot yang utama mula membentuk dan bayi dalam kandungan mula bergerak.

Pada minggu ke 8, saiz bayi dalam kandungan atau janin adalah kira-kira setengah inci panjang dan dilindungi oleh kantung amnion. Gelombang otak kini boleh diukur. Menjelang penghujung minggu ke 12, bayi boleh merasai kesakitan.

Apa yang boleh anda buat?

(i) Dapatkan penjagaan pranatal yang baik untuk memaksimumkan potensi memperoleh kehamilan yang sihat untuk bayi, diri sendiri dan keluarga.

(ii) Amalkan diet yang berkhasiat, ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor dan dapatkan peningkatan berat badan dalam lingkungan yang ditentukan.

(iii) Nutrien yang penting, Docosahexanoic acid (DHA) didapati memainkan peranan yang penting dan unik di dalam struktur dan fungsi otak, retina serta sistem saraf bayi. Wanita hamil dinasihatkan supaya mengambil makanan yang kaya dengan DHA yang mencukupi ketika tempoh kehamilan. Ini memastikan bayi anda mendapat manfaat DHA menerusi plasenta manakala bayi yang baru lahir mendapat DHA melalui penyusuan susu ibu. DHA boleh didapati dalam ikan berminyak seperti herring, salmon, mackerel dan sedikit dalam daging kurang lemak.

Perkembangan otak Dalam Trimester 2

Trimester kedua menandakan permulaan kepada refleks-refleks lain seperti pergerakan pernafasan yang berterusan dan koordinasi refleks menghisap dan menelan.

Kemampuan ini dikawal oleh pangkal otak. Pangkal otak bertanggungjawab terhadap kebayakkan fungsi utama tubuh seperti degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah. Ia menjadi matang pada penghujung trimester kedua.

Bahagian terakhir yang menjadi matang adalah korteks serembrum yang bertanggungjawab terhadap mental seperti perlakuan dalam keadaan sedar, tindakan sacara sukarela, berfikir, mengingati dan perasaan.

Apa yang boleh anda buat?

(i) Banyakkan rehat dan bersenam. Ini adalah masa yang sangat penting untuk anda menjaga diri sendiri dan melakukan apa yang anda sukai.

(ii) Berwaspada terhadap bahaya mengambil minuman keras, merokok dan pengambilan ubat-ubatan (perkripsi, 'over-the-counter' dan yang diharamkan). Otak yang sedang berkembang juga boleh tercedera akibat radiasi, penyakit seperti rubella dan toksin di persekitaran seperti karbon monoksida dan plumbum.

(iii) Cara terbaik untuk melindungi otak bayi anda ialah dengan mengutamakan kebersihan seperti kerap membasuh tangan dan elakkan daripada bersama kawan-kawan dan rakan sekerja yang kurang sihat.

Perkembangan otak Dalam Trimester 3



Dalam trimester terakhir, bayi boleh menerima bentuk pembelajaran yang mudah seperti bertindak balas terhadap tepukan yang kuat di luar perut ibu.

Meskipun memiliki keupayaan yang baik, bayi masih mempunyai korteks serebrum yang primitif sewaktu dilahirkan. Bahagian otak yang kompleks akan menjadi matang secara beransur-ansur dan sekaligus mematangkan emosi dan kognitif bayi dalam tahun-tahun pertama kehidupan bayi.

Apa yang boleh anda buat?

(i) Kajian menunjukkan kecerdasan lisan-linguistik mula terbentuk sewaktu bayi masih dalam rahim. Anda boleh cuba membaca, menyanyi, berbual atau memperdengarkan muzik kepada bayi anda sebelum dilahirkan.

(ii) Mengusap perut juga boleh membantu merangsang perkembangan otaknya.

Reference : EnfaMama


No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts