Pages

Saturday, November 21, 2009

BABY CHECKLIST


Menyediakan tempat khas bayi adalah suatu perkara yang menyeronokkan dilakukan oleh bakal ibu dan ayah. Jangan tunggu sehingga saat-saat terakhir kehamilan untuk berbuat demikian. Ini akan menyukarkan dan ianya membuatkan anda melakukan secara tergesa-gesa. Apabila ini berlaku, pasti ada perkara-perkara atau barang-barang keperluan bayi yang terlupa disediakan. Maka, rancanglah dengan bijak.

Untuk permulaan, adalah lebih selamat jika bayi anda tidur bersama dengan anda kerana bayi kecil kerap bangun malam untuk menyusu dan ingin lampinnya ditukar. Ini akan memudahkan anda kerana dalam tempoh berpantang anda tidak digalakkan bergerak aktif.

Jika bayi anda tidur di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin, suhu bilik mestilah berada di antara 22-34 0 Celcius. Apabila orang dewasa terasa panas, bayi berasa selesa tetapi apabila orang dewasa berasa selesa, bayi pula akan terasa gelisah. Bayi adalah lebih cepat menghilangkan haba dari badannya berbanding orang dewasa. Jika anda ingin berasa selesa, sebaik-baiknya bilik tersebut mempunyai kipas angin siling daripada penghawa dingin.

Berikut adalah beberapa kelengkapan bayi yang perlu disediakan. Tetapi ianya terpulang kepada diri masing-masing. Tetapi bagi saya ini adalah senarai yang perlu ada untuk menyambut bayi kesayangan kita.
  1. Kot bayi
  2. Tilam dan bantal
  3. Cadar
  4. Seimut bayi
  5. Pakaian :
  1. baju t-shirt
  2. baju lengan panjang
  3. seluar pendek
  4. seluar panjang
  5. sarung kaki dan tangan
  6. tuala mandi (sebaik-baikya 2 helai atau lebih)
  7. sapu tangan atau tuala kecil
  8. barut bayi
  1. Kain lampin (untuk membedung bayi)
  2. Lampin pakai buang / diapers (newborn/saiz s)
  3. Pelapik yang kalis air. Digunakan sewaktu anda menukar lampin bayi.
  4. Nappy liner (jika perlu - menjimatkan kos diapers)
  5. Kelambu bayi (melindungi bayi dari serangga seperti nyamuk dan agas).
  6. Tisu basah
  7. Cotton buds
  8. Kapas
  9. Losyen bayi
  10. Baby oil
  11. Botol susu (kecil dan besar)
  12. Susu formula (jika susu ibu lambat keluar)
  13. Tempat menyimpan susu bayi (jika anda membawa bayi anda keluar)
  14. Beg bayi
  15. Topi bayi
  16. Minyak bayi (untuk disapu pada perut bayi bagi mengelakkan bayi kembung perut)
  17. Barangan mandian seperti :
  1. besen mandi
  2. sabun mandi khas untuk bayi
  3. syampu bayi
  1. Pemotong kuku/gunting kuku khas untuk bayi
  2. Buaian bayi (jika perlu)
  3. Stroller (memudahkan anda jika membawa bayi anda keluar berjalan)
  4. Baby car seat
  5. Baby carrier
  6. Permainan khas untuk bayi yang masih kecil
  7. Sabun mencuci khas untuk pakaian bayi.
  8. Dan yang paling penting sekali tempat khas untuk menyimpan barang-barang bayi seperti bakul atau almari kecil.
Preparation for new baby is a fun thing done by the prospective mother and father. Don't wait until the last moments of pregnancy to do so. This would complicate and make you do it in haste. When this happens, there things or goods provided forget the baby needs. So, plan wisely. At the beginning, is more secure if your baby sleep with you because small babies often wake up the night and want to breastfeed change their diapers. This will make it easier for you . If your baby sleep in a room with air conditioning, room temperature must be between 22-34 0 Celsius. When adults feel hot, your baby feel comfortable but when adults feel comfortable, your baby will feel uneasy. Infants are more quickly remove heat from the body than adults. If you want to feel comfortable, preferably room has ceiling fan of air conditioning. Here are some baby equipment that must be provided. But it is up to you. But for me this is the list that should have to celebrate our new baby's.
  1. Baby kot/play pent
  2. Mattress and pillow
  3. Sheet
  4. Baby blankets
  5. Clothing:
  1. t-shirt
  2. long-sleeve
  3. shorts pants
  4. long pants
  5. mittens and booties
  6. bath towel (2 pieces or more)
  7. a small towel or handkerchief
  8. diapers
  1. Cloth diaper
  2. Disposable diapers / diapers (newborn / size s)
  3. Baby mat with a water-resistant. Used when you change your baby diapers.
  4. Nappy liner (if necessary - saving costs diapers)
  5. Baby nets (to protect your baby from insects such as mosquito and gnat).
  6. Wet tissue
  7. Cotton buds
  8. Cotton wools
  9. Baby lotion
  10. Baby oil
  11. Bottles feeding (small and large)and bottle brush
  12. Formula milk (if necessary)
  13. Baby milk bottle container-keep warm
  14. Baby bag pack
  15. Baby hat
  16. Baby oil (applied to the baby's stomach)
  17. Baby bath accessories such as:
  1. bath tubs
  2. baby soap
  3. baby shampoo
  1. Cutting nails / nail scissors for special babies
  2. Baby cradle (if necessary)
  3. Stroller (easy if you bring your baby walk out)
  4. Baby car seat
  5. Baby carrier
  6. Baby toys
  7. Detergent for baby clothes.
  8. Dressers and armoires

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts