Pages

Saturday, November 21, 2009

POSITION DURING PREGNANCY

Berdiri

Sentiasa berdiri tegak dan jangan melengkung ke belakang. Tegakkan belakang, jatuhkan bahu anda dan bawa diri seakan-akan anda mahu bahagian atas kepala menyentuh siling. Angkat dada dan tulang rusuk, ketatkan otot-otot perut, bengkokkan sedikit lutut dan jarakkan sedikit kedua-dua kaki. Baiki posisi tubuh dengan memakai kasut atau selipar bertumit rendah atau tanpa tumit.

Duduk
Duduk tegak di atas kerusi dengan bersandar di kerusi dan jika perlu sokong belakang anda dengan meletakkan tuala yang digulung atau bantal kecil di ruang belakang.

Duduk di Atas Lantai
Cuba duduk bersila jika boleh. Anda perlu ingat untuk meluruskan belakang anda.

Baring

Gunakan tilam yang keras dan baring terlentang dengan bantal di belakang badan. Jika mengiring, letakkan di bawah perut, di celah lutut dan di bawah pinggang. Untuk meringankan sakit belakang bahagian atas, baring terlentang dengan meletakkan bantal di bawah kepala dan lutut (sekiranya anda selesa berbaring mendatar).

Ketika Bangun
Mengiringlah ke sebelah dan gunakan tangan anda untuk membantu menolak anda ke atas. Ini akan membantu mengelakkan kesakitan pada otot-otot belakang dan abdomen.

Mengangkat Barang
Jika anda mengangkat sesuatu, bertinggung dan kekalkan belakang yang lurus. Gunakan otot kaki anda.

Mengangkat dan Membawa
Elakkan mengangkat barangan berat. Jika anda perlu mengangkat barangan berat, rapatkannya dengan badan anda. Agihkan berat dengan sama rata. Isikan barangan membeli belah dalam dua beg yang sama berat dan bawanya menggunakan kedua-dua tangan dan bukannya satu tangan yang akan menyengetkan badan anda.

Reference :
Anmum Club



No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts